Apakah itu Baja Tahi Ayam?
Baja tahi ayam atau tinja ayam adalah pilihan Baja Terbaik, Termurah dan disyorkan kepada petani.
Ayam merupakan satu industri ternakan yang menghasilkan Daging, Telur dan Tahi/Tinja . Daging ayam digunakan sebagai bahan utama sumber protein di Malaysia dimana semua kaum memakannya begitu juga telur ayam. Pengeluaran secara komersil oleh penternak ayam daging dan ayam telur juga menghasilkan Tahi Ayam atau Tinja Ayam. Tahi Ayam menghasilkan bau yang kurang enak dan mengundang lalat untuk membiak jika tidak dirawat dengan betul. Syarikat ayam multinational seperti Sin Mah, Leong Hup, PPNJ dan sebagainya mengeluarkan berjuta tan tahi ayam dan hampir kesemuanya di gunakan sebagai Baja Organik (Chicken manure) untuk tanam-tanaman. Tahi ayam sangat popular dikalangan penanam sayur komersil terutama untuk sayuran daun dan sayuran buah selain daripada untuk kebanyakkan tanaman buah-buahan (Betik, Pisang, Kelapa sawit dan lain2).
.


Kajian penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun mendapati Tahi Ayam Daging lebih baik daripada Tahi Ayam Telur. Ini berdasarkan kepada kesan baja tersebut kepada pertumbuhan tanaman. Harga Tahi Ayam tidak diproses cuma RM 300 /metrik tan beberapa tahun dulu kini telah meningkat kepada lebih RM 500 /mt dan terus meningkat. Pada awal 1990'an satu beg baja tahi ayam segar cuma RM 1.50 - RM 2.00/20 kg tetapi kini telah dijual dengan harga RM 5.00 - RM 6.00/20 kg/beg. Penggunaan tahi ayam segar (Belum diproses) banyak dari kawasan penanaman sayuran utama seperti di Cameroon Highland, Daerah Johor Bahru, Sengkang (Muar), Kota Tinggi, Sungkai (Perak) dan Kundasang (Sabah).Mereka membeli menggunakan lori treller dan dihantar terus kekebun-kebun sayur dan pusat pengedaran. Tanpa baja tahi ayam maka penghasilan kawasan ini sangat terjejas.

Tanaman cepat matang seperti sayuran daun boleh gunakan tahi ayam yang di bancuh dalam air dan terus di siram (Cara Tradisional). Tanaman sayur buah pula baja di bubuh di antara barisan tanaman atau di antara pangkal pokok. Tanah yang kurang subur seperti Tanah Bris(Tanah Pasir), Tanah Liat (Lempung) dan Tanah Gambut (Peat) perlukan baja tahi ayam dengan kadar yang lebih berbanding dengan mineral biasa.

Harga ditawarkan pembekal berbeza-beza bergantung kepada ciri-ciri yang ada. Paling murah harga Tahi Ayam Proses di Muar sekitar RM 20.00/20 kg (beg) sehingga ada yang capai lebih RM 50.00/20kg (beg). Kelebihan baja tahi ayam proses ialah kesan yang cepat terhadap tanaman, Kurang Bau, Mengandungi baja tambahan NPK yang seimbang, Mudah untuk di simpan dalam setor, mudah untuk pengangkutan, Bungkusan Menarik, Mempunyai maklumat di label dan mudah difahami.

BAJA TAHI AYAM.....TANAM MACAM-MACAM...
TAHI AYAM PROSES....PROJEK AKAN SUKSES...
TANAH DISUBUR....PETANI BERSYUKUR...
GUNAKANLAH....BAJA TAHI AYAM....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar