
Selaput Tunggul (Mikania micrantha) merupakan sejenis tumbuhn dari keluarga Asteraceae yang terdapat di kawasan dikawasan Tropika termasuk negara kita Malaysia. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai rumpai yang menjadi masaalah kepada petani-petani di negara kita kerana kadar pertumbuhan dan pembiakan rumpai ini adalah sangat cepat. Artikel ini saya tulis untuk membincangkan menganai rumpai selaput tunggul dimana saya sering di tanya oleh para petani mengenainya ketika menjalankan kerja-kerja pengembangan pertanian selama hampir 30 tahun.


Selaput tunggul mudah tumbuh di kawasan lapang, tepi jalan, kawasan kebun baru diterangkan, tepi landasan keretapi, belukar, kawasan kebun, tepi parit, tepi-tepi kebun sayur, kawasan dusun buah-buahan, pagar tepi rumah dan sebagainya. Ianya mampu tumbuh ditanah kurang subur seperti tanah bris, tanah gambut, tanah berliat apa lagi di kawasan tanah subur. Tumbuhan ini sangat responsif terhadap baja Potassium dengan tumbuh lebih cepat terutama jika tumbuhan atau kawasan selaput tunggul terbakar...ia akan tumbuh lebuh cepat dan subur. Selaput tunggul adalah sangat rimbun dan mempu menghasilkan Biomass yang tinggi. Jika rumput ini diragut binatang maka kadar pembiakan kekawasan lain lebih cepat melalui najis binatang.
Selaput tunggul merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mengambil zat makanan dan air dalam tanah serta meampu melitupi tanaman petani seperti getah , kelapa sawit dan buah-buahan. Ianya menhalang dan mengurangkan penerimaan cahaya matahari kepada tanaman dan ruang untuk tanaman kita. Kajian juga menunjukkan selaput tunggul mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil Phenolic dan Flavanoid yang mengganggu tanaman kita. Kesan kerosakan selaput tunggul sangat ketara pada kawasan tanaman baru dibuka dan pokok muda dikebun.

Selaput tunggul juga dimakan oleh binatang ternakan sebagai sumber makanan di Malaysia dan beberapa negeri di dunia tetapi kadar kerosakannya jauh lebih bahaya daripada faedah kebaikannya. Kajian juga mendapati rumpai selaput tunggul menyebabkan kesan toksik kepada hati ternakan lembu oleh itu elakkan lembu ternakan kita diberikan rumput selaput tunggul sebagai makanan. Ada dakwaan menyatakan daun selaput tunggul mampu menyembuhkan kesan bisa gigitan serangga dan kala jengking. Daun selaput tunggul juga dipercayai mampu mengubati sakit kepala dan ubat untuk menghilangkan gatal-gatal pada manusia. Kegunaan lain pula selaput tunggul digunakan sebagai baja kompos, bahan untuk sungkupan dan juga tumbuhan untuk elakkan hakisan di tebing tanah curam.
Kaedah kawalan selaput tunggul boleh dijalankan dengan Cara Mekanikal, Kimia dan Biologi. Kaedah Mekanikal yang disyorkan adalah dengan menebas, mencabut dan membakar tumbuhan tersebut. Kaedah menebas dengan sabit atau parang atau sebarang alatan lain yang sesuai. Walaupun ianya berjaya memusnahkan selaput tunggul dikebun tetapi merupakan sementara sahaja kerana biji dan sulur akan tumbuh lagi selepas itu. Kaedah ini adalah sesuai untuk kawasan kecil sahaja keliling rumah atau satu bahagian dikebun. Kos kerja menebas adalah dianggarkan 120 -150% lebih tinggi dari kawalan kimia.

Kaedah Kawalan Biologi adalah dengan menggunakan serangga semulajadi (Liothrips mikanae) yang berasal dari Trinidad tetapi status kejayaan di Malaysia belum terbukti serangga ini mampu untuk musnahkan selaput tunggul. Kulat jenis Ouccinia spegazinni juga merosakkan daun selaput tunggul dan berpotensi untuk dijadikan kawalan biologi tumbuhan ini. kajian telah dibuat di India dan agak berjaya.
Keujudan rumpai selaput tunggul disekeliling kita memang disedari. Kita sentiasa memandang sepi akan kemusnahan yang tumbuhan ini dalam sektor tanaman makanan. Banyak wang untuk membeli racun terpaksa dibelanjakan untuk atasi masaalah selaput tungul. Kajian perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan tersebut secara berterusan. Diharap artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca blog saya...Wasallam...
NAMA RUMPAI...SELAPUT TUNGGUL....
TUMBUHNYA CEPAT...TANPA BERUNDUR....
MUDAH MEMBIAK....PETANI SUGUL...
NAK KAWAL SUSAH...RACUN DISEMBUR...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar