
Pokok Asam Gelugor (Garcinia atroviridis Griff) atau Asam Keping dari keluarga Gittriferae merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari Malaysia. Pokok ini disebarkan kenegara2 jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak dicatitkan oleh Jabatan Pertanian kerana kebanyakkannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain.
Negeri-negeri utara semenanjung didapati mempunyai jumlah pokok lebih banyak seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman asam gelugor di Malaysia tetapi dianggarkan sekitar 15-30 hektar. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman asam gelugor berdasarkan pengalaman penulis selama 25 tahun dalam bidang pertanian.
Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya kayu keras dan mempunyai dan daun berwarna hijau gelap. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan (Gambar sebelah kanan) berada dihujung dahan. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan oren kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza2 iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyak 12-16 ketak.

Pakej Teknologi tanaman Asam Gelugor belum ada secara saintifik. Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah atau bercampur dengan buah-buahan lain diladang menerima baja yang diberi untuk buah-buahan. Kebanyak pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan tidak menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan Penyakit tanaman ini belum di buat kajian secara saintifik. Kesan kemarau dan hujan berlebihan kadang2 menyebabkan kejadian buah gugur.


ASAM JAWA...ASAM GELUGOR....
BILA KERING ...BERNAMA ASAM KEPING.....
SENANG DITANAM... POKOK SUBOR.....
BADAN YANG GEMOK...BOLEH KURUS KERING...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar