
Bawang Putih (Allium sativum) atau Garlic (English) merupakan sejenis tumbuhan dari Keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu Bawang Besar, Bawang Kecil, Leek, Chive dan Rakkyo. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Penulis telah berpeluang belajar mengenai tanaman bawang putih ketika berkursus di Korea pada tahun 1990 dan tahun 1996 iaitu semasa menjalani kursus pendek Semaul Undong di SUTC dan Kursus Pengurusan Esekutif di COTI, Seoul. Saya melihat bagaimana bawang putih ditanam secara komersil dan juga sebagai tanaman disekeliling rumah. Menghairankan kerana saya lihat para petani tua yang menanam bawang putih akan makan bawanag putih yang segar dikebun..wow baunya.


Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat cina dan menjadi satu kemestian. Banyak produk perubatan bawang putih dijual di kedai farmasi dan oleh syarikat jualan multilevel (MLM). Antaranya seperti Garlic Capsule, Garlic Health Pawder, Garlic Juice, Mixed Garlic with Fruits dan sebagainya. Harga produk makanan kesihatan bawang putih juga agak tinggi.

Mengikut En Park Hee Joon petani di Chosun yang saya temui, terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di Korea iaitu Jenis Bawang Putih Keras Tangkai dan Jenis Bawang Putih Lembut Tangkai. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim yang sejuk sementara jenis yang lembut tangkai sesuai pada musim cuaca agak panas dan kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa. Bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan ini memberikan rasa yang sedap pada masakan. Beliau menanam bawang atas batas berukuran 4 kaki lebar dan panjang ikut teres dekat rumah. Benih tanaman dari sumber simpanan sendiri sejak turun temurun. Sebahagian besar hasil dijual borong kepada peraih yang ada secara 'Contract Farming'.

Penyimpanan bawang putih seperti saya katakan sangat kritikal untuk pastikan bawang dalam keadaan rehat (dormant) beberapa lama dengan pada suhu panas (lebih 18°C [64°F]) dalam kawasan yang agak kering. Pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani di Korea secara tradisional. Bawang putih juga tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk untuk menentukan kualiti. Bawang putih yang dikupas kulit ada yang menyimpan dalam cuka atau wine.
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 sebelum masihi di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, Kabohiderat (33 gm), Gula 1 gm), serat (2.1 gm), Lemak (0.5 gm), Protin (6.39 gm), Beta Karotin ( 5 microgram), Thiamine (Vitamin B1 – 0.2 microgram), Riboflavin (Vitamin B2 – 0.11 micrograms), Niacin (Vit B2 – 0.7 mucrogram), Asid Panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), Folate 3 microgram), Vitamin C (31.2 mg), Kalsium (181 mg), Besi (1.7 mg), maagnesium (25 mg), Posforan (153 mg), kalium (401 mg), Sodium (17 mg) dan Zink (1.16 mg). kandungan zat lain ialah seperti manganese (1.672 mg) dan Salenium (14 micrograms).kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

BAWANG PUTIH....TUMBUHAN BERGUNA...
MALAYSIA IMPOT....DARI NEGARA CINA....
PERGI KOREA....PENGALAMAN DI TERIMA....
DAH BACA ARTIKEL...DIBERI PERCUMA....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar