
Jambu Batu (Psidium guava) yang ditanam di Malaysia terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji (seedless). Jambu batu berbiji yang popular di tanam adalah dari jenis klon GU 8 (Nama lain Jambu Kampuchea), Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15. Kini terdapat satu jenis jambu batu baru yang di panggil dengan "Jambu Batu King" atau "Jambu Batu Giant" atau "Jambu Batu Lohan". Penulis telah melawat kebun tanaman jambu batu ini di Melaka semasa lawatan pemeriksaan kebun dan mendapatkan pandangan dari petani serta teknologi yang diamalkan bagi menanam jambu batu ini. Rasa buah jambu batu lohan lebih 'Crispy' daripada jambu batu klob GU7 dan lebih 'juicy'.
Petani yang di temui ialah En Bong (Foto sebelah) dan En Chan Teng Sai yang merupakan antara pelopor penanaman Jambu Batu Lohan di Melaka. En Bong menanam seluas 8 ekar (2,800 pokok) yang telah berumur 9 bulan sementara En Chan menanam 5 ekar (500 pokok - penanaman yang jaraknya jauh) berumur 2 tahun. Benih tanaman jambu ini di perolehi dari pembekal dan penanam di Batu Pahat Johor (Pelopor Jambu batu Giant) dengan harga RM 8.00 – RM 9.00 sepokok. Benih yang dibeli adalah benih yang di tut dalam polibeg dimana petani terpaksa menunggu lama untuk dapatkan benih tersebut. Buah Jambu Batu Giant/ Lohan ini mempunyai bentuk yang sama dengan Jenis GU 8 (Kampuchea) ketika putik tetapi apabila matang buah akan berbentuk bulat dan seperti buah epal iaitu ada lekukkan di bahagian tangkai. Anggaran berat purat adalah 1 kg sebiji.
Kawasan kebun kedua-dua petani adalah kawasan bekas tanah sawah yang dibuat batas dan mempunyai sistem bekalan air menggunakan sistem banjir (Flooding system). Batas-batas tanaman dibina setingga 1-2 kaki dan lebar 2 meter (6-7 kaki). Jarak tanaman atas batas ialah 10-12 kaki bergantung kepada bentuk batas. Peringkat awal sistem sprinkler dipasang untuk bekalan air musim panas menggunakan sprinkler head 20 kaki diameter. Keperluan air adalah kritikan dalam penanaman jambu batu untuk mempastikan pembentukkan buah yang dikehendakki.
Pemerhatian saya mendapati pokok jenis ini mempunyai sistem dahan yang landai dan sentiasa mengeluarkan bunga walau pun tidak dicantas seperti jenis GU 8. Dua kuntum bunga keluar pada setiap dahan dengan jarak buah adalah 1-2 kaki. Cantasan dilaksanakan pada peringkat awal sahaja iaitu cantasan pembentukkan. Sehingga 2 tahun En Chan tidak banyak buat cantasan pucuk kerana pertumbuhan yang sederhana lambat. Pemasangan tiang sokong dibuat terhadap pokok yang berbuah sangat lebat dengan kayu beruti 2"x4" pada dahan.

Kawasan kebun kedua-dua petani adalah kawasan bekas tanah sawah yang dibuat batas dan mempunyai sistem bekalan air menggunakan sistem banjir (Flooding system). Batas-batas tanaman dibina setingga 1-2 kaki dan lebar 2 meter (6-7 kaki). Jarak tanaman atas batas ialah 10-12 kaki bergantung kepada bentuk batas. Peringkat awal sistem sprinkler dipasang untuk bekalan air musim panas menggunakan sprinkler head 20 kaki diameter. Keperluan air adalah kritikan dalam penanaman jambu batu untuk mempastikan pembentukkan buah yang dikehendakki.


Petani menggunakan baja Impot jenis Yara Miles dan mendakwa baja tersebut sangat sesuai untuk buah-buahan seperti jambu batu. Penggunaan Baja Foliar dan baja Organik digunakan dengan kadar disyorkan. Pengapuran dibuat mengikut jadual 6 bulan sekali. Musuh tanaman ialah serangan lalat buah (Bactocera spp) dan pemasangan perangkap pheromon di letak keliling kawasan kebun. En Chan tidak mahu pasang Perangkap yang menggunakan Methyl Eugenol kerana katanya benda tersebut mengundang banyak lagi lalat Buah ( Bactocera spp) yang datang kekawasan kebun. Kedua-dua kebun memelihara anjing untuk menjaga keselamatan (Menyalak apabila ada orang datang) dan elakkan kecurian dari penduduk tempatan dan juga elakkan kedatangan dan serangan monyet.


Tanaman jambu bary Lohan merupakan satu komoditi baru yang boleh dikembangkan di Malaysia dengan jayanya pada masa akan datang untuk pasaran domestik dan ekspot.
JAMBU BATU.. JENIS JAMBU BATU LOHAN...
BUAH BESAR...TENGOK TAK BOLEH TAHAN...
POKOK SUBUR...BAJA MESTI DI TABURKAN....
HASIL TINGGI...BENIH JADI REBUTAN....
KERJA MANYAMPUL....MESTI DIJALANKAN....
BAJA IMPOT MAHAL....HASIL LUMAYAN.....
LIWA''''''
BalasHapus