
Burung Pipit (Anthus spp) merupakan sejenis kumpulan burung yang terdapat di Malaysia dengan mendiami dipelbagai kawasan lapang. Secara amnya terdapat 3 kategori burung pipit yang saya tahu mengikut habitat iaitu Jenis Burung Pipit Raya
, Jenis Burung Pipit Rumah dan Jenis Burung Pipit Kepala Hitam. Bagi kawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yangg habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra) iaitu (Foto disebelah). Saya memang gemar menangkap dan belajar mengenai burung pipit semanjak zaman kanak-kanak lagi.
Dalam pembacaan saya mengenai burung pipit boleh dikatakan bahawa terdapat sebanyak 15 jenis burung pipit yang popular di Malaysia dan kebanyakkannya dinamakan mengikut rupabentuk fizikal, habitat, tempat populasi banyak ditemui dan warna bulu. Berikut adalah 15 jenis burung pipit iaitu Pipit Raya, Pipit Kepala Hitam, Pipit Kepala Putih, Pipit Rumah, Pipit Batu, Pipit Kuning, Pipit Dada Kuning, Pipit Jawa, Pipit Padi, Pipit Pinang, Pipit Rawa, Pipit Rimba, Pipit Tanah, Pipit Tuli dan Pipit Uban (Foto di kiri).
Burung pipit kebanyakkannya terbang berkumpulan dan mendiami kawasan tanaman padi yang hampir masak. Kumpulan burung ini terbang beramai-ramai dan sering mengeluarkan bunyi yang kuat dan bersahutan. Burung ini mempunyai kepak yang kuat untuk terbang dengan sepasang kaki yang ada kaki untuk hinggap pada ranting atau daun. Burung pipit membiak dengan bertelur dalam sarang yang diperbuat daripada ranting dan daun rumput kering.


Burung pipit kebanyakkannya terbang berkumpulan dan mendiami kawasan tanaman padi yang hampir masak. Kumpulan burung ini terbang beramai-ramai dan sering mengeluarkan bunyi yang kuat dan bersahutan. Burung ini mempunyai kepak yang kuat untuk terbang dengan sepasang kaki yang ada kaki untuk hinggap pada ranting atau daun. Burung pipit membiak dengan bertelur dalam sarang yang diperbuat daripada ranting dan daun rumput kering.

Serangan burung pipit dikawasan tanaman padi terutama dikawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang atau kawasan terpencil menjadi satu ancaman kepada pesawah. Jika tidak dikawal serangan burung pipit mampu mnengurangkan hasil padi sehingga 60-70% jika tiada kawalan langsung. Biasanya petani akan membuat "ORANG-ORANG" ditengah sawah iaitu tiang kayu yang di pasang dengan baju lama dan dipasangkan topi dan disambung dengan tali yang ditarik dari satu punca. Orang-orang ini akan bergerak-gerak seperti manusia sambil petani menjerit-jerit menghalau burung tersebut. Tali tersebut juga di gantung dengan tin-tin susu (2-3 tin) yang digantung dan akan mengeluarkan bunyi yang mengejutkan burung pipit lalu terbang. Pengalaman saya ketika menanam padi di Solok Komong Muar dan Sawah Ring dulu mendapati penat juga nak goyang tali kerana burung pipit yang lapar tetap terbang dan datang balik makan padi hingga kenyang!
Kawalan serangan burung pipit juga dapat dikawal dengan memasang jaring atau pukat dikawasan strategik. Burung yang terkejut akan terbang dan terlanggar jaring lalu melekat. Saya ada mendengar dari En Zul mengenai rakan beliau iaitu seorang profesional yang menangkap burung pipit secara komersil menggunakan pukat atau jaring pipit. Rakan beliau ini mendapatkan leses dari PERHILITAN untuk menangkap burng pipit. Katanya kaedah yang digunakan mampu tangkat sehingga 300 - 400 ekor burung yang dijual dengan harga RM 0.50 - RM 1.00 seekor di kedai jual burung.


BURUNG PIPIT....SAIZNYA KECIL LAGI....
TERBANG BERKUMPULAN...DISAWAH PADI....
KENANGAN SILAM....MENGINSAFI DIRI...
APA NAK BUAT....BUAT ARTIKEL LAGI....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar