Sabtu, 10 September 2011

DURIAN D24

DURIAN D24 (Durio zibethinus) merupakan satu varieti atau klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. Klon Durian D24 juga dikenali sebagai 'DURIAN BUKIT MERAH' yang mana didaftarkan pada 30 November 1937 (Sudah hampir 75 tahun lalu) yang berasal dari Bukit Merah Reservoir Reserve, Perak. Ramai generasi sekrang tidak kenal akan durian D24 yang ada dijual pada musim buah-buahan kerana tidak tahu akan pencirian sifat buah tersebut. Dikalangan petani, peraih, pegawai pengembangan (yang baru kerja) mungkin juga kurang kenal akan buah durian 'King of the Fruit' klon ini yang sangat terkenal semanjak 75 tahun dulu. Artikel kali ini saya cuba menjelaskan ciri-ciri Durian D24 dengan gambarnya sekali agar menjadi panduan kepada pembaca. Maklumat ini merujuk kepada maklumat pencirian buah durian dilaman web di Jabatan Pertanian Malaysia.


Klon Durian D24 ditanam menggunakan abakbenih yang telah disahkan dan mengambil masa lama untuk mula menghasilkan buah bergantung kepada pengurusan kebun. Jangkamasa dari waktu berbunga sehingga buah masak dan gugur adalah selama 105-115 hari. Pokok durian D24 adalah rimbun dan mempunyai dahan yang banyak untuk menghasilkan bunga dan buah. Cantasan pembentukan sangat penting di peringkat awal penanaman. Harga durian klon D24 adalah tinggi setanding dengan klon popular lain seperti Klon Durian D197 ( Raja Kunyit/Musang King), Klon Durian D99 (Kop Kecil), Klon Durian 123 (Chanee), Durian 175 (Udang Merah) dan sebagainya. Tahun 2011 menunjukkan harga durian diparas paling tinggi apabila pengeluaran durian sangat kurang (dianggarkan cuma 40-60% sahaja dari tahun sebelumnya) pada musim utama.


Biji Durian D24 berwarna coklat dan bersaiz sederhana (Lihat foto sebelah). Bijinya padat dengan kadar ulas yang mengandungi biji penoh adalah sebanyak 80% dan ulas yang mengandungi biji tidak penoh 20%. Klon Durian D24 jarang mempunyai biji yang kesep. Purata bilangan ulas dalam satu pangsa ada 4 Ulas. Bagaimana pun pokok durian D24 yang telah berumur melebihi 20 tahun kadang-kadang terdapat kejadian biji kesep dan bilangan biji yang agak berkurangan berbanding dengan pokok muda. Biji durian D24 boleh disemai untuk dijadikan 'root stock' bagi penyediaan anak benih cantuman.


Bentuk buah D24 adalah bulat dengan warna kulit buah yang kehijauan serta mempunyai duri tajam (Lihat foto sebelah). Panjang buah adalah sederhana dengan purata panjangnya 21.2 cm dan garispusat buah juga sederhana iaitu purata 19.8 cm. Kajian pakar juga menyatakan kadar panjang kepada lebar buah adalah pada ukuran 1.07:1. Klon durian D24 mempunyai bentuk buah yang mudah dikenali oleh pakar-pakar buah  durian dan peraih yang mahir sahaja apabila beberapa jenis klon di kumpulkan bersama. Paling baik jika hendak mengetahui klon durian D24 perlu lihat sekali pencirian pada pokoknya selain daripada melihat pencirian pada buah sahaja (paling tepat lihat buah tersebut).


Tangkai durian D24 adalah sederhana iaitu dengan purata panjang 4.7 cm. Tangkai buah adalah berwarna coklat berbentuk bulat selinder dan mempunyai ukuran garispusat berikuran 1.7 cm (Lihat foto sebelah). Jika diperhatikan ciri khusus ialah dimana susunan duri pada pangkal tangkai buah merupakan duri halus pendek yang bergabung. Tidak ada tanda melekuk atau menonjol pada bahagian bahu seperti klon-klon lain dan bahunya adalah rata. 


Dibahagian bawah buah (orang jawa kata 'bontot buah') akan terdapat bulatan berwarna coklat perang berukuran 1-1.5 cm garispusat dengan titik kehitaman ditengahnya (Lihat foto sebelah) dan akan jelas persempadanan pangsa ulas durian. Tanda garisan sempadan pangsa pada klon D24 boleh dikatakan seimbang yang lazimnya ada 4-5 garisan atau sempadan pangsa. Garisan ini memudahkan kerja-kerja membelah durian untuk klon D24. Klon ini juga tidak mempunyai masaalah untuk dibelah pencirian ini. Membelah menggunakan parang atau alat pengopek durian bagi klon ini adalah SEDERHANA senang. Kajian juga menunjukkan tebal kulit D24 purata setebal 1.0 cm iaitu sederhana. 


Isi durian D24 merupakan aset utama klon ini dimana warnanya kuning yang sangat menarik (Lihat foto sebelah). Susunan pangsanya tidak berkop dan padat serta menhgasilkan bau yang sederhana kuat. Saiz ulas dan empulurnya adalah sederhana. Isinya sederhana manis dengan terdapat rasa pahit yang juga sederhana tepapi mempunyai rasa lemak yang agak kuat. Rasa manis, pahit dan lemak yang kuat ini merupakan satu keistimewaan khusus kepada pengemar-pengemar buah durian sebenar. Tekstur isinya adalah halus dengan kepadatan yang lembik serta aroma yang sederhana. Kajian menunjukkan purata kadar beras isi atau ulas buah kepada berat keseluruhan buah adalah pada kadar 0.314. Ini bermakna kalau kita membeli sebiji durian D24 berharga RM 10.00 sebiji atau satu kilogram, kita cuma dapat makan ulas durian (Isi dan biji) sebanyak RM 3.14 sahaja...bakinya adalah berat kulit dan tangkai!


Berbalik kepada kulit durian D24 yang berduri, memang agak sukar untuk membezakan bentuk duri klon D24 dengan klon-klon lain yang serupa dengannya. Duri durian D24 (Lihat foto disebelah kiri) berbentuk besar dan tajam berwarna hijau dipangkal duri, kekuningan dibahagian tengah duri dan hujung tajamnya keperangan coklat. Jika diteliti saiz duri diatas pangsa buah adalah lebih besar jika dibandingkan dengan duri diantara pangsa buah yang agak kecil dan tirus. Belum ada laporan klon Durian D24 tidak mempunyai 'duri'....kalau ada orang dakwa pun memang pasti itu bukan buah durian....buah tanpa duri!


Artikel ini diharap dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada petani, peraih, penjual, pemborong apa lagi pembeli dan peminat-peminat durian D24 atau lebih dikenali sebagai durian 'Bukit Merah'. Penulis memang sudah kenal dengan klon D24 kerana ianya ada ditanam dikebanyakan stesyen Jabatan Pertanian dan dibebun petani di Muar dan Bentong. Klon D24 merupakan satu klon yang stabil dan terus mendapat pasaran ekspot antarabangsa seperti di China, Jepun dan Asia Barat. Walau pun keluasan kawasan durian terus menurun daripada seluas 110,000 hektar sekarang tetapi saya agak pasti dengan potensi klon D24 yang perlu terus dimajukan untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada masa akan datang. Inysaalah!


KLON D24....NAMA LAIN 'BUKIT MERAH'....
BUAH SEDERHANA...HARGA TAK MURAH...
TELAH 75 TAHUN...MELEWATI SEJARAH....
KALAU NAK BELI....DAH TAHU , TERSERAH....

Durian Belanda(Soursop)

Durian Belanda (Annona muricata Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Anonaceae yang dipercayai berasal dari Afrika Sahara dan kini banyak ditanam di kawasan Tropika seperti Mexico, Caribean, Amerika Tengah dan khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam dan Indonesia serta Thailand. Nama lain tanaman ini ialah Durian Belanda (Malaysia) adalah seperti Sirsak (indonesia), Soursop (English), Guanabana (Spanish), Graviola (Portugis) dan sebagainya. Keluasan tanaman buah Durian Belanda di Malaysia tidak direkodkan dan dianggarkan sebanyak 150-200 hektar sahaja. Terdapat beberapa petani yang menanam Durian Belanda (DB) secara monocrop (Seperti di Pontian, Johor - 2.5 hektar) dan di Kulai, Johor (2.0 ha). Kebanyakkannya ditanam bercampur dengan pokok buah2an jenis lain sebagai dusun campuran. Penulis beberapa kali menjalankan aktiviti pemindahan teknologi tanaman ini semasa melawat kebun Durian Belanda.
Pokok Durian Belanda sesuai ditanam dikawasan Tropika seperti di Malaysia dimana kawasan mestikah mempunyai saliran yang baik dan tanah yang subur. Pokok DB mempu mencapai ketinggian sehingga 8-10 meter dengan batang yang menegak dan banyak dahan. Daunnya berwarna hijau gelap seolah berlilin dan agak tebal. Buah DB berwarna hijau dan mempunyai kulit seakan berduri. Durinya agak lembut dan isinya berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam yang agak besar. Kajian saintifik mendapati Buah Durian Belanda mengandungi 65,000 kcal tenaga, 1.00 gm Protein, 0.30 gm Lemak, 16.3 gm Karbohiderat, 14.0 mg Kalsium, 17.0 mg Posforus, 81.7 mg Vitamin C dan 0.07 mg Vitamin B1.
Durian Belanda juga telah dibuat kajian mengandungi acetoginin seperti muricoreasin dan murihexagon yang bersifat sitotoksik pada sel-sel tumor PC-3 dan sel kanser prostat. DB juga di dakwa mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan, trigliseride dan LDL (Low density Lipid) dalam badan manusia. Buah ini digunakan sebagai hidangan segar,diproses jadi jus dan boleh diproses sebagai kerepek (Buah muda). Ramai pesakit 'Gout' yang makan buah DB kerana ramai kata ianya sangat berkesan kurangkan sakit tersebut dan melegakan.

Anak Benih Durian Belanda diperolehi melalui biji benih yang disemai dan bercambah dalam masa 15-30 hari. bagaimanapun ada yang menggunakan kaedah tut. Belum ada klon-klon khusus DB didaftarkan di Malaysia dimana klon yang ada adalah tempatan. Durian Belanda diklasfikasikan dengan cara Buah manis, Buah Sederhana Manis dan Buah Masam. Jarak tanaman disyorkan 6 m x 7.5 m memberikan sebanyak 215 pokok sehektar dengan lubang tanaman diisikan baja asas dan baja organik sebelum menanam. Pastikan kawasan tidak tenggelam dan paras air dalam tanah yang sesuai. Pemehatian penulis di kebuan Durian Belanda di Air Baloi , Pontian, johor mendapati banyak kejadian mati pucok kerana akar telah capai paras air dalam tanah yang merosakan akar.
Antara masalah serangan tanaman durian belanda ialah Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat pemakan daun, Ulat Pengorek Batang dan Mealybug. Kawalan menggunakan racun kimia dan amalan sanitasi yang baik. Penyakit Bintik Berpusar (Antracnose) oleh kulat Collectrotricum spp juga menyerang tanaman ini. Amalan pembajaan menggunakan NPK 10:10:10 sebanyak 2.25 kg/pokok pada tahun pertama dan 4.5 kg/pokok tahun berikutnya dan baja 12:12:17:2 untuk buah sebanuak 3 kg pokok/tahun.
Durian Belanda biasanya berbuah selepas 3-5 tahun ditanam bergantung kepada kaedah pengurusan dan saiz benih ditanam. Buah yang hampir matang berwarna hijau keuningan dan jangan biarkan masak atas pokok kerana ianya akan gugur dan rosak. Petik menggunakan tangga atau galah yang ada karung supaya buah tak jatuh ketanah. Kumpulkan buah DB dan gredkan mengikut saiz dan kualiti. Sebaiknya simpan dalam bilik sejuk untuk menjaga ketahanan buah tersebut. Kajian penulis mendapati anggaran hasil lingkungan 12-20 biji sepokok atau 45 kg setahun. bagaimana pun potensi pada tahun ketiga mencapai 70 kg/pokok/ tahun jika pokok dijaga dengan baik. Harga di ladang DB lingkungan RM 3.50 - RM 5.00 sekilogram bergantung kepada permintaan dan musim. Bagi mereka yang nakan makan untuk ubat gout sanggup bayar sehingga RM6.00-RM7.00 sebiji!


MAKAN DURIAN...DURIAN BELANDA...
RASA MASAM... RAMAI TAK SUKA...
KENA GOUT... BARU NAK CUBA...
HARGA MAHAL...NAK CARI PUN DERITA...
TANAM SENDIRI...TERUK NAK JAGA...
BACA ARTIKEL....HATI TERBUKA...

DOKONG ANAK

DOKONG ANAK (Phyllanthus niruri) adalah sejenis tumbuhan jenis herba yang termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Tumbuhan ini mempunyai lebih dari 600 spesis didapati mudah tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras di Malaysia seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah jenis herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm dan mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Pemerhatian yang saya buat mendapati terdapat dua jenis bunga pada dokong anak iaitu bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. Pagi Ramadan ke 3 ini saya menulis mengenai herba dokong anak berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun.


Herba tempatan ini sedang menjadi perhatian dan minat di kalangan golongan saintiis apabila di kategorikan sebagai salah satu daripada 6 jenis herba yang diberikan tumpuan dibawah EPP1 program pembangunan NKEA di Malaysia. Dukung Anak (Phyllanthus Niruri atau Phyllanthus amarus) mudah ditemui di serata hutan di Negara kita dan dikawasan hujan basah Asia dan Amerika Selatan. Tumbuhan Dukung Anak didakwa merupakan salah satu daripada penawar herba paling berguna dan serba mujarab untuk melegakan sakit, membantu tubuh melawan demam sejuk dan selsema, menghapuskan batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu) serta mempercepat penyembuhan daripada hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Maka, herba ini kini digunakan untuk menangani beberapa masalah yang sukar dirawati dengan kaedah perubatan moden. Dukung Anak boleh tumbuh hingga mencapai 40 sm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. Rakyat Malaysia akan mengenalinya sebagai rumpai yang sering mereka dapati muncul dicelah-celah pokok berpasu sebagai tamu tak diundang di sekitar halaman rumah mereka.


Kajian dari pembacaan beberapa buku dan lamanweb mendapati bahawa herba in lazimnya digunakan untuk merawat jaundis (sakit kuning) dan hepatitis. Di Negara China dan India banyak kajian untuk menilai kesan pelindungnya terhadap hati dibuat dengan mengenakan haiwan makmal kepada toksin hati (bahan yang meracuni hati) seperti alkohol dan parasetamol. Dalam setiap kes, kesan pelindung telah terbukti. Keputusan ini menyerupai kesan pelindung hati yang terhasil oleh sejenis herba tempatan lain, iaitu Hempedu Bumi (Andrographis paniculata). Masaalah penyekit Anti-Hepatitis B kini menjadi satu masaalah kesihatan di Malaysia dengan kebanjiran pendatang asing dari pelbagai Negara yang juga menjadi penyumbang kepada masaalah ini.


Dikalangan penyelidik dan pengamal perubatan herba telah amat terangsang berikutan ujian yang berjaya terhadap herba ini dalam menentang virus Hepatitis B iaitu sejenis virus yang menyebabkan sejenis jangkitan beransur-ansur yang dikaitkan dengan barah hati dan dianggarkan dihidapi oleh sekitar 300 hingga 500 juta orang di seluruh dunia. Manakala sains masih sedang mencari-cari suatu rawatan yang mampu melumpuhkan virus ini dan mencegahnya daripada merebak, beberapa kajian terhadap Dukung Anak telah menunjukkan kesan antivirus yang agak juga   memberangsangkan dalam menentang Hepatitis B. Namun begitu, ujian selanjutnya di tempat lain menghasilkan keputusan yang bertentangan tanpa sebarang perubahan dilihat. Perbezaan-perbezaan ini mungkin di sebabkan oleh kelainan aras kandungan bahan aktif dalam contoh-contoh yang digunakan. Dalam semua ujian ini, para penyelidik tidak mendapati sebarang kesan sampingan atau tindak balas negatif dan merumuskan bahawa herba ini selamat dan tak toksik. Sekiranya digunakan secara bergandingan dengan herba lain, Dukung Anak sekurang-kurangnya menawarkan satu rawatan alternatif yang berpotensi untuk merawat Hepatitis B.


Kajian mengenai kebaikan Dukung Anak yang juga merupakan penawar yang digunakan dengan paling meluas untuk merawat masalah batu karang, baik batu buah pinggang mahupun batu hempedu, sehingga ia digelar oleh masyarakat tempatan sebagai “Penghancur Batu”. Dalam satu kajian klinikal pada tahun 1999 (Campos, A. H. dan rakan-rakan), Pati ekstrak dari Phyllanthus Niruri telah menunjukkan kesan perencat tak berkait kepekatan yang ampuh dan berkesan terhadap pembentukan hablur kalsium oksalat (ketulan bahan bina yang menghasilkan kebanyakan batu buah pinggang). Ini boleh enjelaskan penggunaannya dalam kaedah perubatan tradisional untuk mencegah 2 pembentukan batu buah pinggang. Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.


Beberapa maklumat berkaitan dengan kesan pokok dokong anak terhadap Antivirus telah dijalankan. Penyelidikan terbaru terhadap Phyllanthus Niruri menunjukkan bahawa aktiviti antivirusnya merangkumi ‘virus kurang imun manusia’ (human immunodeficiency virus) atau HIV, iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Sekumpulan penyelidik Jepun menemukan sifat-sifat perencat virus HIV-1 pada tahun 1992 dengan satu pati ringkas daripada pokok ini. Pusat Penyelidikan Farmaseutik BristolMyers Squibb telah mengasingkan sekurang-kurangnya satu daripada juzuk (kandungan) pada pokok ini yang menyumbangkan kepada aktiviti ini – iaitu sebatian unik yang mereka namakan “niruriside”.


Manakala dianggarkan bahawa waktu yang lama lagi masih perlu dilalui sebelum herba ini diambil masuk ke dalam senarai dadah farmaseutik piawai, ia kini digunakan oleh para pengamal perubatan herba dan kesihatan alamiah di serata dunia dalam pelbagai rumusan untuk masalah-masalah tersebut di atas. Bagaimanapun dalam bidang perubatan pencegahan barangkali herba seperti Phyllanthus Niruri digunakan secara paling meluas. Keperluan ini kini menjadi sekian menyerlah dalam menghadapi ancaman semakin membesar daripada pelbagai penyakit virus yang kita tidak empunyai sebarang rawatan ortodoks untuk menentangnya. Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.


Potensi penanaman herba dokong anak di Malaysia amat baik sekiranya teknologi penanaman dan pemprosesan dimajukan dengan sempurna. Terdapat beberapa usahawan yang telah mula menanam herba dokong anak secara komersial bagi pengeluaran produk terutamanya the dokong anak. Penanaman untuk tujuan makanan kesihatan perlu dipastikan tidak ada penggunaan racun kimia berbahaya demi menjaga kualiti produk. Kekurangan teknologi, benih tanaman serta pakej teknologi penanaman perlu dibangunkan. Bagi tujuan pemprosesan perlu ada kaedah yang moden dan cekap untuk menghgasilkan produk berkualiti yang di luluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Beberapa Negara seperti India mempunyai banyak kajian saintifik mengenai tumbuhan ini.

Saya percaya satu hari nanti tumbuhan dokong anak yang dulu dipandang sepi ditepi rumah akan menjadi satu sumber pendapatan ekonomi baru di Malaysia dengan syarat promosi dalam penanaman, pemprosesan dan yang paling penting strategi pemasaran di rancang dengan baik. Kaedah penanaman yang mudah, kos yang rendah serta kurangnya serangan perosak dan penyakit akanb mempastikan tanaman ini dapat di hasilkan mengikut keperluan pasaran.


DOKONG ANAK....NAMA DIBERI....
BANYAK KHASIAT...TIDAK TERPERI...
MUDAH DITANAM....DARIPADA BIJI...
SEJENIS HERBA...PERLU DI PERHATI...

DIAGNOSTIK TANAMAN



DIAGNOSTIK TANAMAN adalah satu perkataan yang perlu di fahami dan di ketahui oleh Agen-agen Pengembangan Pertanian dan juga petani maju. Perkataan 'Diagnostik' berasal dari perkataan Inggeris iaitu 'Diagnostic' yang bermakna proses untuk mencari punca atau penyebab kepada masaalah. Dalam bidang perubatan perkara ini merupakan satu proses yang sangat kritikal dalam mengenalpasti penyakit sebenar yang dihadapi oleh pesakit untuk dipastikan kaedah perubatan yanng sesuai setelah hasil diagnostik di kenalpasti. Kesilapan membuat diagnostik akan memberikan prescrepsi ubat yang salah dan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Dalam sektor pertanian juga penting untuk menjalankan proses diagnostik dengan tepat dan betul bagi menentukan punca dan masaalah yang dihadapi oleh tumbuh-tumbuhan. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca blog berkaitan pentingnya proses diagnostik tanaman berdasarkan kajian dan pengalaman dalam sektor pertanian selama 30 tahun dan membaca beberapa buku teknikal.


Tujuan membuat diagnostik penyakit atau perosak tanaman adalah untuk mengenalpasti APAKAH punca masaalah yang dihadapi oleh tanaman dan memberikan SYOR yang terbaik kepada pengurusan mengatasi masaalah tersebut. Peringkat paling awal yang perlu dijalankan adalah dengan membuat penilaian secara keseluruhan keadaan tanaman dengan meneliti dan mengenalpasti PERUMAH (Host) yang ujud. Pastikan apakah Genus, Kultivar, Varieti, Klon atau spesis tanaman yang ditanam kerana ini amat penting sebelum memulakan proses diagnostik. Lain kultivar mempunyai daya rintang yang berbeza-beza dan tahap serangan. Keperluan dan kesesuaian untuk persekitaran perlu diteliti untuk mempastikan pokok dapat tumbuh paling optima. Keadaan yang terlalu lembab mungkin sesuai untuk tanaman tertentu tetapi tidak sesuai untuk tanaman lain di kebun.


Perhatikan dengan teliti keseluruhan tanaman di kebun sama ada pertumbuhannya dilihat sebagai 'NORMAL' atau tidak dengan membuat perbandingan secara visual dengan tanaman lain. Buat perbandingan kasar dan pastikan sepsis atau kultivar mana yang diserang. Setelah membelek tumbuhan tersebut JANGAN TERUS MEMBUAT KONKLUSI segera berdasarkan kepada simptom pada daun atau batang pokok yang dilihat. Mungkin ada simptom lain yang berkalu pada bahagian akar atau kesan fizikal akibat Baja Foliar atau Cuaca Panas. Daun seperti terbakar, kering, rosak dan layu bukan semestinya disebabkan oleh serangan penyakit tetapi boleh disebabkan perkara-perkara lain yang perlu didiagnostik.


Periksa 'pattern' sebaran simptom kerosakan tanaman sama ada ianya berlaku pada semua pokok dalam barisan yang sama atau hanya beberapa pokok sahaja. Kemudian buat perbandingan teliti tahap kerosakan mengikut umur pokok sama ada hanya bertukar warna kuning pada daun tua sahaja atau daun muda juga mempunyai simptom yang sama. Kalau berlaku pada daun yang dapat dilihat adakah ianya menyeluruh atau sebahagian sahaja seperti tanda 'Nekrosis' pada daun. Kita perlu periksa tanda serangan yang berlaku sebenarnya dibahagian mana, adakah ia berlaku pada daun? Buah?, Batang?, Pucuk ?, Bunga? , Akar? atau pada keseluruhan pokok?.


Kenalpasri ciri-ciri simptom serangan seperti BINTIK, LAYU, REPUT, NEKROSIS, KLOROSIS dan KEBANTUTAN. Simpton bintik adalah dimana terdapat beberapa tanda bintik-bintik pada tumbuhan yang kelihatan dan mudah dilihat dengan mata kasar atau menggunakan kanta pembesar. Simptom Layu pula apabila sebahagian atau keseluruhan pokok menjadi layu bukan kerana sinaran matahari. Reput pula simptom dimana tisu tanaman menjadi reput atau buruk dan sering mrnghasilkan bau. Nekrosis dan Klorosis adalah simptom pada daun atau batang yang berlaku. Pokok bantut dilihat apabila pokok bersaiz kecil dan bantut berbanding dengan tanaman sebaya yang lain.


Semasa membuat diagnostik tanaman perlu di periksa kaedah penyebaran serangan atau simptom yang ada. Adakah cara penyebarannya SETEMPAT (Localised) atau MEREBAK (Spread) ? Sebaran simptom ini penting untuk mengenalpasti jenis srangan dan punca masaalah yang akan dikenalpasti kelak dan kaedah kawalan paling sesuai. Jika simptom merebak adakah ianya hanya kepada spesis tanaman yang sama atau melibatkan banyak spesis lain yang ada dalam kawasan kebun? Ada simptom serangan yang bertompok-tompok pada suatu kawasan dan ada yang berselerak. Perkara-perkara ini tidak mudah dibuat kepada mereka yang belum berpengalaman atau masih baru dalam bidang diagnostik tanaman. Mereka perlu menjalani latihan khas untuk meningkatkan kemahiran membuat diagnostik tanaman. Kena pastikan sama ada simptom oleh satu jenis Pathogen atau Banyak Jenis Pathogen.


Kepakaran membuat diagnostik tanaman berkait dengan kemampuan untuk membezakan antara apa itu SIMPTOM SERANGAN dan apakah itu TANDA SERANGAN. Apa yang saya belajar adalah Simptom Serangan merupakan tindakbalas tumbuhan apabila diserang patogen/agen penyakit seperti Bintik Daun, Layu, Nekrosis, Klorosis dan Terbantut. Tanda Serangan (Signs) adalah struktur yang dihasilkan oleh patogen/agen penyakit pada tumbuhan yang diserang seperti miselium, cendawan dan spora. Tanda lebih mudah digunakan dalam membuat diagnostik kerana kita mudah mengenalpasti patogen atau agen penyakit dengan melihat miselium, cendawan atau spora pada tumbuhan.


Antara tanda yang boleh dikenalpasti adalah Agen Biotik seperti SERANGGA, KULAT dan BAKTERIA. Serangga dapat dilihat dalam bentuk serangga sebenar, telur atau jaringan/web sama ada menggunakan mata kasar atau pun menggunakan kanta pembesar. Keujudan serangga tersebut pada tisu tumbuhan mudah untu dibuat diagnostik berdasarkan spesis dan kaedah kawalan yang sesuai. Tanda serangan oleh Kulat adalah dalam bentuk Maisiliam, spora atau cendawan pada tumbuhan. Tanda serangan oleh bakteria pula lazimnya dalam bentuk kuraian bakteria atau 'cairan ooze' pada bahagian batang atau daun tumbuhan. Cara nak lihat ujudnya cairan ooze dengan memotong batang/daun dan celup dalam air jernih dalam gelas. Jika ada cecair putih keluar tandanya 'confirm' ada serangan bakteria.


Setelah tahu jjenis perosak dengan membuat diagnostik tanaman maka kita boleh mengesyorkan kaedah kawalan yang sesuai supaya kadar kerosakan akibat serangan agen penyekit dapat diminimakan atau dihapuskan terus. Lebuh awal kita membuat diagnostik tanaman akan mengurangan kerugian jika dapat dijalankan kawalan. Kawalan sama ada menggunakan kaedah IPM, Kimia, Fizikal, Amalan Kukltura atau lain-lain kaedah boleh dijalankan dengan lebih terancang dan sempurna serta berkesan.


MEMBUAT DIAGNOSSTIK...PERLU BELAJAR...
ADA KEMAHUAN....MEMANG AGAK SUKAR...
PATOGEN SERANG...DAUN DAN AKAR...
MALAHAN SEMUA BAHAGIAN...TANYA PAKAR...

DAUN PANJANG

DAUN PANJANG (Lactuca indica L.) adalah sejenis tumbuhan yang ditanam di negara kita tetapi agak kurang di kenali ramai petani adalah tanaman dari keluarga COMPOSITAE. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari negara China yang agak panas dan Selatan Jepun atau Taiwan dan disebarkan ke Malaysia dan Indonesia oleh pedagang2 zaman dulu. Daun panjang ini juga di panggil sebagai Indian Lettuce (English), Komak ; Lampenas ; Sawirana (Indonesia), Daun Panjang (Malaysia), Gilgiloy ; Batudan ; Gatudan (Filipina) dan diesap dai rau (Vietnam). Tanaman ini hanya banyak di tanam di kawasan tanah Tinggi Bandung, Indonesia dan Cameroon Highland Pahang serta di beberapa kawasan tanah rendah di kebun sayur sebagai tanaman penghadang (Barrier crops). Artikel kali ini akan didedahkan mengenai tanaman Daun Panjang berdasarkan buku teknologi sayuran di tropika dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pengembangan pertanian selama 30 tahun.

Tanaman daun panjang di tanam untuk di gunakan bahagian daun sebagai sayuran pucuk muda dimakan secara segar, di celur atau di kukus. Daun ini sering juga digunakan sebagai pembalut atau alas untuk ikan (Kukus atau Goreng). Kajian menunjukkan daun panjang sebagai TONIC yang memperbaiki sistem penghadaman dalam perut dan menjadi amalan secara tradisional. Di Taiwan tumbuhan ini digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan Angsa. Terdapat juga laporan di mana daun panjang digunakan sebagai makanan ulat sutera sebagai gantian kepada daun mulberi.

Tumbuhan ini adalah tumbuh renek yang naik menegak sehingga ketinggian 2 meter di mana peringkat awal pertumbuhan berbentuk 'rozet'. Daunnya berwarna hijau gelap berbentuk oblong-lanceolate, sesile, susunan bersilang dan banyak bentuk mengikut spesis. Saiz daun 1-10 cm x 5-35 cm panjang dimana nipis dipangkal dan tajam dihujung kadang-kadang berwarna merah dibahagian tengah. Bunga berwarna kuning di tengah dan kelopak agak keputihan berukuran 2 cm x 5-7 cm. Buahnya adalah berbentuk 'flat eliptical achnee' berukuran 2 mm x 3-4 mm yang berwarna kehitaman dan mempunyai bulu serta keras.

Penanaman Daun Panjang menggunakan biji benih yang akan tumbuh setelah 3-4 hari disemai atau menggunakan keratan akar yang cepat mengeluarkan tunas baru. Biji benih di semai dalam tapak semaian di ubah apabila mencapai ketinggian 5-10 cm atau berumur lingkungan 3-4 minggu. Jarak tanaman yang sesuai adalah 30 cm x 30 cm dan pastikan ada ruang diantara barisan tanaman. Pembajaan dan pengurusan tanaman ini sama seperti tanaman jenis Compositae yang lain. Penyakit Virus Mozek Timun (Cucumber Mozaic Virus) sering menyerang tumbuhan ini menyebabkan pokok terbantut dan kualiti daun rendah.

Penuaian dijalankan apabila pokok telah berumur 2 bulan dengan ketinggian mencapaii lebih 50 centimeter. Potong daun-daun yang telah sesuai dengan pisau tajam dari bahagian bawah daun keatas secara berperingkat-peringkat. Penuaian akan dihentikan apabila pokok daun panjang telah mengeluarkan bunga. Ada juga petani yang akan potong pangkal pokok untuk di buat 'ratoon'. Tanaman ini walau agak kurang popular tetapi perlu dibuat kajian seterusnya bagi mempastikan ada ditanam untuk pasaran khusus (niche market). Sekian nukilan kali ini.
Wasaalam.

DAUN PANJANG....TAK TERKENAL NAMANYA....
INDIAN LETUCE....MACAM TIADA KAITANYA....
DI BUAT SAYURAN...TAK TAHU RASANYA.....
KENA TANAM SENDIRI...MANA BENIHNYA.....

DAUN KEMANGI

DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga LAMIACEAE yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penghasilan ekstrak minyak. Tumbuhan ini mempunyai 50-60 jenis yang mana berbentuk renek berasal dari kawasan Asia (iaitu India) yang digunakan didalam masakan India, Asia Tenggara serta Eropah sebagai tumbuhan yang mempunyai perisa 'Mints'. Tumbuhan ini juga di panggil sebagai Basil, Common basil, Sweet Basil, Lemon basil (English), Habaq (Arab), Luo Le (China), Babui Tulsi; babul (India), Bajiru; Mebouki (Jepun), Daun kemangi; Kemangi,; Selasih Hijau (Melayu), Ruku-ruku (Indonesia), Horapa (Thailand) dan Reu Tia (Vetnam). Tumbuhan ini hidup di kawasan tropika dari Australia sehingga Amerika Tengah. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman kemangi berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan kajian persendirian.

Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi. Kebanyakannya digunakan sebagai herba berguna untuk perubatan. Kajian saya mendapati dari beberapa rujukan setiap 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294 microgram), Vitamin C (18 mg),  Vitamin E (0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148 mg),  P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn (0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain.  kandungan pelbagai unsur ini menyebabkan daun kemangi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan. 

Penanaman daun kemangi dijalankan kebanyakannya dalam pot atau bekas tanaman untuk kegunaan sendiri tetapi kini telah ada usaha untuk menanam daun kemangi bagi tujuan penghasilan komersial terutama untuk menghasilkan ekstrak minyak daun kemangi. Tumbuhan Kemangi adalah jenis herba renek yang mempunyai daun berwarna hijau bersaiz purata 1 cm panjang berbentuk plonjong panjang dan oval. Batangnya bersegi dan banyak cabang serta agak berbulu untuk sesetengah spesis. Kebanyakan daun kemangi yang terdapat di malaysia adalah berwarna hijau sepenohnya walau pun dibeberapa negara lain ada yang daunnya berwarna ungu kehijauan.  Bunganya berbenutuk terbuka dengan mempunyai kelopak dan petiol yang jelas dibahagian pucok. Pendebungaan boleh berlaku secara bersilang kerana bunganya adalah terbuka. 

Penanaman pokok daun kemangi adalah mudah dengan menggunakan biji benih yang dihasilkan dari pokok yang cukup matang. Kelongsong buah yang mengandungi biji benih akan berwarna coklat gelap apabila cukup masak dan bijinya boleh dikutip. Pilih biji daripada pokok yang bermutu tinggi sepeti mempunyai daun yang lebar, bau yang kuat, tahan serangan penyakit dan juga dari pokok yang tidak tercemar dengan bahan logam berat atau racun. Semai biji daun kemangi diatas pot atau bekas tanaman yang mengandungi tanah yang telah dicampur dengan baja organik. Jika inigin menanam terus diatas tanah pastikan kawasan tidak mudah tenggelam atau mempunyai saliran yang baik. 

Benih yang disemai akan tumbuh beberapa hari setelah disiram dengan air dalam bekas atau dalam tanah. Pastikan mendapat cukup air kerana pokok akan mudah layu tanpa air yang mencukupi. Pokok kemangi yang berumur lebih 2.5-3 bulan dengan daun yang banyak boleh di kutip bahagian pucuk untuk dijadikan ulam atau tunggu sehingga pokok matang dan berbunga untuk di proses mendapatkan ekstrak minyak. Tanaman kemangi tidak banyak menghadapi masallah serangan serangga perosak dan penyakit.  Peringkat awal penanaman cuma terdapat serangan Layu Anak Benih disebabkan oleh Phytium spp dan peringkat dewasa terdapat kemungkinan serangan layu akibat serangan kulat Fusarium spp. Terdapat juga kadang-kadang serangan 'Grau mold' yang disebabkan oleh Botrytis cineria dan serangan Bintik Hitam oleh Kulat Collectotricum spp pada daun dan batang.

Dari segi pembajaan sebaikanya gunakan baja-baja asas organik dan elakkan menggunakan baja kimia. Jangan menggunakan racun untuk mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit. Adalah digalakan agar tanaman daun kemangi dibuat dengan teknologi Penanaman Organik. Buang dan musnahkan pokok yang diserang dengan penyakit dan musnahkan. Oleh kerana tumbuhan ini mempunyai nilai khasiat yang sangat baik maka wajar diberikan perhatian untuk produk organik. Amalan yang lazim untuk sistem pembajaan adalah dengan menggunakan baja kompos, baja organik proses dan kaedah Natural farming (NF).

Penggunaan daun kemangi ini ada yang makan segar daripada pucuk muda atau dikisar dijadikan jus minuman atau di proses dengan mengekstrak untuk dikutip minyak (terutama dari bahagian biji). Ramai masyarakat di Indonesia, Thailand, Laos, Filipina dn Vietnam memakan pucuk daun kemangi sebagai ulam atau sebagai ramuan dalam masakan harian. Pucuk muda juga sedap untuk dibuat kerabu, masak dengan ikan dan sebagainya. Kesannya daun kemangi dapat menghilagkan bau mulut, meningkatkan peredaran darah, mengilangkan kembung perut pada kanak-kanak dan banyak khasiat lagi. Kaedah paling mujarab menggunakan daun kemangi adalah dengan mengisar (blender) daun kemangi dengan air dan diminum. kaedah ini membantu masaalah sakit perut, musnahkan cacing dalam perut, menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.

Kajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido....wow.

Ketahuilah tumbuhan daun kemangi dan tanamlah daun kemangi untuk kegunaan keluarga anda. pastikan tumbuhan daun kemangi yang anda nak tanam dari spesis yang betul dan dari sumber yang dipercayai. Penanaman herba seperti ini dan pengetahuan bagaimana nam menanam, menjaga dan menggunakan perlu di perolehi dahulu dari mana-mana sumber rujukkan. Banyak jenis herba di Malaysia yang boleh di eksploitasi bagi mengingkatkan penerokaan dunia herba pada masa akan datang. Sekian.

DAUN KEMANGI...BAUNYA WANGI....
MUDAH DITANAM...NAMPAK BERSERI....
DIMAKAN SEGAR...DIPROSES PASTI...
BANYAK GUNANYA...SAKIT DIUBATI....

DADIH DURIAN

Dadeh Durian yang dihasilkan sangat enak dan berkualiti di Keluarkan di Muar, Johor.


Durian (Durio ziberthinus) merupakan tanaman buah-buahan yang paling luas di tanam di Malaysia dan di gelar 'Raja Buah-buahan". Terdapat seluas 25,383 hektar tanaman durian di Negeri Johor dimana seluas 8,213 hektar sahaja terdapat di Daerah Muar pada tahun 2009. Hampir 65% durian yang di tanam di Muar adalah durian biasa sementara 35% merupakaan Durian Klon (D24, D99, D16,, D168 dan sebagainya). FAMA Tangkak Muar merupakan satu antara Pusat FAMA yang mempu mempproses durian sejuk beku dengan Teknologi "Quick Freeze" yang mana buah tersebut di ekspot keluar negara. Terdapat juga kemudahan untuk ' depulping" atau mengasingkan isi buah dengan biji di FAMA Tangkak.

Teknologi kali ini penulis berpeluang mengikuti kursus membuat DADEH DURIAN anjuran MARDI. Bahan asas dadeh durian ialah isi durian, gula, susu rendah lemak, air, susu skim, karageenan dan pewarna tiruan. Produk digaul dan dimasak dalam suhu 80 darjah celcius sebelum diisi dalam 100 ml cup plastik dan disejukkan pada suhu 2 darjah celcius semalaman. Kajian mendapati pH produk ialah 6.7 dan kandungan pepejal terlarut 19 Brix. Produk ini tahan sehingga 3 minggu jika disimpan dalam sejuk .


CARA BUAT DADEH DURIAN:

1. Panaskan air sehingga suam.
2. Asingkan bahagian air hingga larut susu
3. Gula, Garam, Karageenan digaul rata4. Perlahan2 masukkan kedalam air
5.Masak sehingga mendidih dan larutkan
6. Masukan isi durian perlahan hingga larut.
7. Kacau hingga rata8. Masak sehingga suhu 90-95 Celcius (7-10 min)
9. Padam api, buang buang buih dan
10. Masukkan dalm cup dan sejukkan.

'SELAMAT MENCUBA"


DADEH DURIAN.... SEDAP DI MAKAN
DADEH DURIAN....MSEDAP JIKA SEJUK...
DADEH DURIAN... TAHU BUAT TAK....
BELAJAR BUAT.... DAPAT DUIT LEBIH....

CGD Limau


CGD atau Citrus Greening Disease merupakan satu jenis penyakit tanaman limau yang merbahaya yang menjadi penyebab utama kepada tanaman limau dengan kerugian pada hasil dan kemusnahan pokok. Penyakit ini banyak terdapat di kawasan tropika termasuk di Asia dan Afrika semenjak tahun awal 1920'an. Penyakit CGD telah disahkan dinegara kita pada tahun 1987 manaka wabak paling serius berlaku di Terengganu pada tahun 1991. Artikel ini menulis berkaitan penyakit CGD dan bagaimana kita hendak mengenali dan mengawalnya. Penulis beberapa kali melawat ladang limau di Johor dan Terengganu untuk melihat bagaimana penyakit CGD ini menyerang tanaman limau.
Penyakit CGD diketegorikan sebagai penyakit limau yang merbahaya kerana belum ada cara kawalan berkesan untuk mengatasinya. Penyakit ini menyebabkan pokok limau yang diserang akan mati. Buah dari pokok yang diserang juga berkualiti rendah dimana saiznya menjadi semakin kecil, berhampas, semakin berkurangan dan tidak sama bentuk. Pada peringkat awal penyakit CGD sukar dikenali kerana tanda-tanda serangannya seakan sama dengan tanda kekurangan baja. Penyakit ini menyerang semua jenis limau seperi Limau Madu, Limau Manis, Limau Langkat, Limau Bali, Limau Nipis dan Limau Kasturi. Serangan paling teruk pada jenis Limau Madu dan Limau Langkat.
Kajian mendapati penyebab utama Penyakit CGD ialah Bakteria (Candidatus Liberibacter spp) iaitu sejenis bakteria gram negatif yang menyerang tisu felum tumbuhan dan menyebabkan kemerosotan pertumbuhan pokok. Penyakit ini disebarkan oleh anak pokok yang telah dijangkiti CGD dan vektor dan ditanam diladang. Pembawa atau vektor CGD ialah sejenis psyllid dinamakan Diaphorina citri (Lihat fotonya diatas) yang tersebar dikawasan Asia. Cara penyebaran bakteria ini dengan vektor tersebut menyedut cairan sel pokok yang ada CGD dan dibawa kepokok2 lain. Perumah serangga ini ialah pokok limau, pokok kari (Murraya koenigii - seperti gambar disebelah ) dan Pokok Kemuning (Murraya paniculata) dari keluarga Rutaceae.
Vektor atau pembawa penyakit CGD sejenis serangga jenis leloncat iaitu Diaphorina citri dari keluarga Psyllidae order Hemiptera sangat aktif apabila diganggu. Leloncat ini kecil berukuran 3-4 mm dan bersayap yang ada bintik perang pada segmen tengah. Ia dijumpai pada permukaan bawah daun muda seolah2 seperti tergantung dan leloncat yang betina mampu bertelur sebanyak 800 biji sepanjang hayatnya selama 2 bulan. Serangga ini merosakkan tanaman dengan 2 cara iaitu menghisap cairan sel pokok dan sebagai vektor pembawa penyakit CGD. Kawasan sebaran mudah jika ada faktor angin atau pembawa lain dikebun.
Kawalan penyakit ini agak sukar dan perlu dibuat secara bersepadu (Intergrated Pest Managemant-IPM). Kawalan meliputi 4 cara iaitu dengan penggunaan bahan tanaman bebas CGD, Pengawalan Vektor Pembawa, Pengawalan Inokulum Penyakit dan Pengawasan penyakit CGD limau serta vektor. Bagi kawalan CGD diperingkat Semaian, Kawalan dengan menyediakan anakbenih bebas CGD dalam Rumah Kalis Serangga dan penggunaan Racun Kimia boleh digunakan (Dimethoate -38% atau malathion -84% atau deltamethrin 1.4%) boleh dilaksanakan. Anak benih perlu di buat pengesanan Bebas CGD dengan menjalankan saringan PCR. Kawalan di ladang perlu dibuat dengan mengawal vektor Penyakit CGD dan pemusnahan sumber penyakit CGD.

Penanaman limau di Malaysia masih boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut. Pertama disyorkan agar kita menanam limau di kawasan terasing (Isolated) dimana belum ada tanda serangan CGD dikawasan tersebut. Kedua dengan menggunakan anak pokok yang bebas penyakit CGD dari Jabatan Pertanian atau pembekal yang telah disahkan. Ketiga dengan menyediakan modal mencukupi agar pengurusan tanaman limau lengkap seperti sistem pengairan serta bahan input agar pokok sentiasa subur. Keempat dengan pengurusan kebun yang teratur dan pemantauan CGD setiap 2 minggu.
Tanaman limau merupakan satu bidangusaha yang lumayan jika tiada serangan CGD dan penyakit lain. Pemerhatian penulis dengan penanam Limau Madu di Tangkak mendapati dengan jarak tanaman 6m x 6m memberikan sebanyak 275 pokok sehektar menghasilkan 700 kg buah pada tahun ke 4 dengan nilai RM 1,030 (Hasil baru mula keluar). Kajian analisa ekonomi tahun ke 10 limau madu mampu menghasilkan sebanyak 22 mt dengan nilai RM 33,000 setahun atau RM 2,750 /ha sebulan. Kepada mereka yang berminat dengan tanaman limau pastikan faham akan penyakit CGD ini agar tidak kecewa!
TANAM LIMAU... HASIL LUMAYAN....
PENYAKIT CGD.... JANGAN DILAYAN....
HASIL TINGGI.. DUIT BERKOYAN....
SELALU TERJADI.....PETANI JADI KESIAN...
POKOK DITANAM....CGD MENYERANG....
PERLU ADA ILMU... BARU PADAN....

CINCHONA (Quinine tree)

CINCHONA (Cinchona pubesens) atau Quinine tree atau Quina merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rubiaceae yang di ketahui oleh dunia perubatan sebagai tumbuhan yang dapat menyembuhkan penyakit Malaria. Tumbuhan ini mempunyai 38 spesis dan ianya dipercayai berasal daripada Amerika Selatan. Bagaimana pun saya percaya tumbuhan ini boleh di tanam dan hidup subur di Malaysia kerana ianya memang sesuai di sini. Tumbuhan ini di sebarkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda dan dilaporkan kini banyak di tanam di Sri Lanka dan Indonesia. Nama Cinchon berasal dari Countess of Chinchon dari negara Sepanyol yang telah sembuh dari penyakit Malaria setelah menggunakan kulit kayu tersebut pada kurun ke 17 dana nama ini kekal digunakan sehingga sekarang. Artikel kali ini saya mengupas maklumat mengenai Pokok Quinine atau Pokok Cinchona berdasarkan kepada pembacaan daripada buku " An introduction of the botany of tropical crops" karangan L.S. Cobley terbitan Longman pada tahun 1975 dan rujukan saya dalam laman sesawang dan pemerhatian persendirian.

Pokok Chinchona atau Pokok Quinine ini tumbuh liar secara semulajadi di kawasan hutan di pergunungan tropika Amerika Selatan dan khususnya di Peru. Kini tanaman cinchona ini ditanam dibeberapa negara di Asia khususnya di Sri Lanka dan Indonesia (khususnya Pulau Jawa) dan di benua Afrika dengan anggaran keluasan sekitar 2,500 hektar CHE. Pokok ini dipanggil juga sebagai Chinchona, Chinchona Bark, Peruvian Bark dan Quinine Bark. Tumbuhan ini adalah berbentuk pokok yang menegak dengan ketinggian kira-kira 5-25 meter bergantung kepada spesis dan kesuburan tanah. Daunnya berwarna hijau dengan cara susunan bertentangan (opposite) berbentuk 'lancolate' bulat dengan ukuran 10-40 cm panjang. Bunganya berwarna putih , pink atau ungu yang terbit di bahagian pucuk panicle yang lazimnya berbebtuk memanjang. Kadang-kadang bunganya diseliputi rambut-rambut yang menyebabkan bentuk bunga agak kurang jelas. Buah Cinchona terbentuk dalam kapsul yang mengandungi banyak biji.

Pada asalnya tumbuhan ini tumbuh liar di hutan dan apabila mempunyai nilai perubatan ianya telah di tanam secara komersial dibeberapa negara. Penanaman cinchona boleh juga menggunakan biji benih yang matang dan di semai dahulu sehingga beberapa tahun sebelum di tanam di ladang. Pengambilan kulit pokok cinchona secara tidak terkawal pada masa dulu banyak menyebabkan pokok tersebut musnah. Penanaman di Afrika dan Indonesia menentukan tumbuhan ini boleh di tanam untuk tujuan komersial bagi pengeluaran kulit cinchona dunia terus mencukupi. Kini penanaman menggunakan bahan benih dari Cantuman lebih cepat dan efektif dari pokok induk yang berumur 6 tahun dengan menggunakan 'root stock' spesis Cinchona succirubra. Benih cantuman di semai selama 1-2 tahun dalam nurseri dan sebelum di tanam di ladang dengan kepadatan 6,000 - 7,000 pokok sehektar. Terdapat perbezaan pertumbuhan pokok di antara menggunakan bahan tanaman cantuman dengan biji benih di mana pertumbuhan dengan biji benih tidak seragam dan banyak variasi. Pokok cinchona mudah tumbuh jika dijaga dengan baik.

Kajian saintis menunjukkan pokok cinchona boleh mula di tuai pada umur 4-6 tahun selepas ditanam bergantung kepada spesis dan cara pengurusan tanaman. Kaedah menuai dibuat dengan melakukan penjarangan dan iaitu mencabut pokok tersebut sehingga berumur 10-12 tahun dimana semua pokok akan di tuai. Kaedah ini berbeza mengikut spesis dan negara iaitu jika pokok jenis besar cuma di kopek kulitnya sahaja. Kaedah menuai adalah dengan mencabut semua pokok bukan dengan menotong atau mencantas kerana kandungan alkoloids dalam bahagian kulit bawah dan dalam akar adalah lebih banyak daripada bahagian dahan atas dan pucok. Selepas di cabut maka kulit bahgian akar dan batang di kopek dan kemudian di keringkan dibawah panas matahari atau oven pengering dengan suhu terkawal. Kulit yang telah dikeringkan akan di gredkan dan disimpan sebelum dijual sebagai bahan untuk menghasilkan quinine. Kini bentuk serbuk menjdi pilihn pembeli produk quinine kerana lebih mudah dan senang untuk digunakan.

Kulit tumbuhan Chinchona ini mengandungi bahan alkoloids yang aktif di panggil sebagai Quinine dibuktikan ianya mampu menghalang protozoa kuman malaria serta bahan lain seperti quinidine dan antirrhythmic compound. Kuman malaria dikaitkan dengan nyamuk sebagai agen penyebar kuman tersebut (lihat Foto). Kandungan alkoloids dalam kulit pokok cinchona ini memberikan rasa yang sangat pahit apabila ianya direndam dalam air atau di buat serbuk dan di minum kepada pesakit yang mendapat jangkitan malaria. Kesan daripada menggunakan tumbuhan ini adalah suhu badan akan menurun dan kuman malaria akan berkurangan seterusnya pesakit akan sembuh. Kini penyakit malaria bukan lagi menjadi ketakutan kepada manusia dengan kaedah perubatan moden dan kurangnya manusia tinggal di kawasan potensi nyamuk.

Dari segi perubatan menunjukkan kegunaan quinine sangat banyak iaitu dapat menyembuhkan malaria, membunuh parasit merbahaya, menurunkan suhu badan, memberikan kestabilan pergerakan jantung (heartbeat), menenangkan sistem saraf, memudahkan sistem penghadaman, membunuh kuman / Kulat/ bakteria, mengurangkan lendir dan menghilangkan sakit kepala. Bagi kawalan demam malaria lazimnya satu cawan air suam di campur dengan 1 susu teh serbuk quinone dan di minum 3 kali sehari atau rendak kulit cinchona selama 2 jam dalam air suam sebelum di minum. InsyaAlah penyakit malaria dan faedah-faedah perubatan yang saya sebut diatas akan di perolehi.

Artikel ini diharap memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Penanaman pokok Chinchona di Malaysia boleh di jalankan untuk pokok hiasan (Ornamental) di kawasan Taman-taman , tanaman Tepi jalan dan lebuhraya disamping kita akan dapat menghasilkan kulit bagi tujuan komesial. Kajian lanjut oleh pihak berwajib mengenai tumbuhan ini mungkin boleh dijalankan dari aspek ekonomi, spesis, teknologi penanaman, bahan tanaman dan pemasaran pada masa akan datang.

POKOK CINCHONA...QUININE DI HASILKAN....
BAHAGIAN KULIT....DIKUPAS DAN DIKERINGKAN...
DEMAM MALARIA...DAPAT DISEMBUHKAN....
DAPAT ILMU...TERIMAKASEH DI UCAPKAN..