Sabtu, 10 September 2011

Kelapa Pandan

Kelapa Pandan (Cocos nucifera) merupakan satu tanaman saka yang diusahakan untuk tujuan minuman air kelapa di Malaysia. Kelapa Pandan dipercayai berasal daripada negara Thailand dimana ianya diusahakan kebanyakkan di kawasan tanah rendah seperti di kawasan sawah padi dan tanaman dudun campuran dinegara tersebut. Saya baru sahaja melawat satu ladang kelapa pandan yang luas di Jasin Melaka iaitu seluas lebih kurang 40 ekar. Kebun Ah Tee ini berumur 10 tahun dikelilingi dengan ladang getah dan kelapa sawit dan tiada kampong atau ladang kelapa lain yang berdekatan (Jalan masuk kekebunya hampir 64 km - 20 minit) . Kebun terasing ini adalah penting untuk mempastikan tidak ada pokok kelapa varieti lain berdekatan yang akan menyebabkan berlaku pedebungaan silang atau kacuk mengakibatkan hohong, Jasin ini.


Jarak tanaman ditanam 20 kaki x 20 kaki dan menurut Ah Tee (Gambar sebelah) berminat untuk memperluaskan tanaman kelapa pandan dengan membuka kawasan baru nanti dan akan menanam dengan jarak 23 kaki x 23 kaki. Ini kerana jarak tanaman sekarang terlalu rapat apabila pokok berumur 10 tahun menjejaskan sinaran matahari. Kawasan ini ditanam dengan tembikai dan labu semasa peringkat awal penanaman selama 4 tahun. Pemerhatian saya mendapati pertumbuhan pokok adalah seragam dan subur. Ah Tee mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) dimana tiada sebarang racun serangga atau racun kulat yang digunakan di ladang beliau. Rumput di urus dengan mesin 'Rotor Slasher' dan 'Power Ripper' dimana tiada racun rumpai digunakan sejak 5 tahun dulu. Ini penting untuk menjamin air kelapa dari kebunn tiada kesan sisabaki racun kerana ianya untuk minuman.


Terdapat 15 haif Lebah Keran (Apis cerana) yang disusun di bahagian tengah antara pokok kelapa dalam kebun bertujuan untuk meningkatkan pendebungaan. Ah Tee mendakwa lebah tersebut telah meningkatkan kadar pendebungaan kelapa pandan sebanyak 60% berbanding dengan sebelum dimasukkan lebah 2 tahun dulu. Lebah tersebut disusun di atas bakul buah atau tiang kayu yang juga kurang diberi perhatian atau diurus seperti teknologi pemeliharaan lebah yang saya ajar penternak lebah di Muar dan Parit Botak (Saya terlibat dengan teknologi penternakan lebah madu hampir 11 tahun). Kutipan madu bagaimana pun lingkungan 8-10 kilogram setiap bulan walau pun pengurusan haif lebah pada tahap minima. Saya dapati sumber nektar mencukupi terutama pada musim kering. Madu dijual dengan harga RM 10.00 - RM 15.00 satu botol 250 -300 ml.


Teknologi Pembajaan Kelapa Pandan mnggunakan baja impot (Jenis Yara Mila) yang mengandungi 12:11:18S:3 MgO + 85 + TE dan sangat berkesan untuk kesuburan pokok kelapa pandan. Baja Yara Mila diimpot dan diedar oleh sebuah syarikat di Tangkak. Baja sebatian SOP juga digunakan (NPK15:10:20:2 TE) yang di tabur sebanyak 4 kali setahun pada kadar 200 gram sepokok. Bagi mempastikan kualiti hasil kelapa seperti dikehendaki iaitu ujudnya kualiti 'Bau Pandan' dan 'Rasa Manis', maka teknologi bubuh Garam Makan/Masin di tabur sebanyak 1-2 kg sepokok sebanyak 4 kali setahun. Baja organik tahi ayam proses juga ditabur sebanyak 300-400 gm sepokok sebanyak 3 kali setahun. Kaedah pembajaan ini sesuai untuk umur pokok 10 tahun dan diberikan di keliling pangkal kanopi pokok.


Penuaian Kelapa Pandan yang hendak di petik dipilih dari tandan yang paling bawah dimana terletak pada kedudukan selari dengan tandan buah diatasnya apabila saiz buah itu sebesar 'gengaman tangan'. Buah di petik menggunakan sabit dengan galah aluminium yang tajam. Dengan ketinggian sekarang antara 15-20 kaki satu teknik baru di praktikkan di kebun ini. Sebelum memetik hasil pekerja akan memotong pelepah tua dahulu. Pelepah tersebut akan dijadikan 'laluan turun' bagi tandan buah yang dipotong dengan jatuh melorot dan sampai ketanah dan tidak rosak. Kaedah menggunakan tangga dan tali kini sudah tidak praktikal lagi dikebun Ah Tee.


Buah yang dipetik di kumpulkan, di periksa dan digred mengikut saiz (70-80% mempunyai saiz seragam). Keseragaman buah tinggi kerana teknologi penggunaan baja dan amalan kebersihan kebun sangat baik. Kajian Ah Tee mendapati hasil pengeluaran buah kelapa pandan ada waktu rehat iaitu selama 2 bulan setiap tahun dimana dikatakan 'musim lawas'. Penghasilan dari kebun ini lingkungan 65,000 - 70,000 sebulan dan kelapa tersebut dijual kepada FAMA (30%) dan Pasar Borong Melaka(70%).Harga purata jualan kelapa pandan Ah Tee ialah RM 1.00 sebiji jika datang ambil di kebun dan RM 1.30 sebiji jika dihantar ke Melaka atau Tangkak, Johor. Kekerapan memetik buah 2-3 kali seminggu ikut jadual biasa dan ditambah jika ada tempahan khusus dari pembeli.

Kebun dijaga bersih dan tiada racun digunakan di kebun kelapa pandan ini.
Keluasan kebun kelapa 40 ekar ini cuma perlukan 3 pekerja (Pekerja asing - Indon) sahaja untuk mengurus kebun dan dakwa Ah Tee tanaman ini hampir 2-3 kali ganda lebih untung dari tanaman kelapa sawit. Purata pendapatan kasar bulanan antara RM 60,000 - RM 70,000 sebulan. Kebanyakkan kelapa pandan ini digunakan untuk digunakan sebagai minuman dan dijual pada harga RM 4.00 - RM 5.00 sebiji di restoran biasa. Harga mencapai sehingga RM 7.00- RM 10.00 sebiji jika di jual dalam hotel. Menurut Ah Tee penjual air kelapa di pasar malam atau tepi jalan cuma menggunakan sebanyak 10 biji kelapa pandan yang dikopek dan dimasukkan kedalam tong dan yang banyak ialah air gula dan ais! Tetapi saya terjumpa penjual di pasar malam ada yang menggunakan air kelapa tinggi atau matag dan dibubuh 'perasa pandan' ... jangan tertipu!


Teknologi tanaman kelapa pandan memang telah ada di Jabatan Pertanian dan pengusaha swasta. Saya juga telah menjumpai ramai petani yang gagal menjadi usahawan kelapa pandan seperti Mr Tan (Di Kahang), En Yusop (Di Mersing), En Tham (di Desaru Kota Tinggi) dan ramai lagi. Antara punca kegagalan ialah kerana kerosakan tanaman oleh serangan musuh (Kumbang Tanduk, Nematod, Ulat Makan Daun) dan binatang liar (Babi Hutan, Lembu, Kambing) pada 2 tahun pertama penanaman. Punca benih sah terjamin juga menjadi satu masaalah dimana setelah pokok berbuah bukan semua menjadi kelapa pandan. Kelapa pandan perlu ditanam secara terasing di Malaysia dan kawasan tersebut kebanyakanya tepi hutan atau dalam ladang getah atau sawit yang terasing.


Semuga artikel ini memberikan maklumat tambahan kepada mereka yang membaca. Selamat minum air kelapa pandan. Ianya sangat sedap diminum ketika kita sangat dahaga apa lagi kalau dapat free!

TANAM KELAPA ....KELAPA PANDAN .....
KEBUN DIJAGA...GAP DI AMALKAN....
BUAH SERAGAM....HARGA LUMAYAN...
BERANI MELABUR...PASTIKAN PASARAN...

19 komentar:

  1. Encik, pernahkah anda mengalami masalah daun seperti Hangus daun nya?

    Masalah yang lain seperti kumbang yang makan duan adalah tidak dapat dielakkan.

    Kawasan saya ditanam di tepi kawasan kepala sawit and sebelah hutan juga.

    selain itu, adakah Jarak tanaman akan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas seperti Daun, Buah, dan penyakit lain?

    Terima Kasih

    BalasHapus
  2. hurm... macam mana nak bagi subur pokok kelapa pandan ni ?

    BalasHapus
  3. Daun hangus mungkin disebabkan jangkitan kulat.Kelapa saya pernah kena, saya sembur racun kulat Thiram.sekali seminggu ulang 2/3 kali sampai kadar hangus daun dah semakin pulih.Pucuk muda keluar dengan kehijauan yang cantik.

    BalasHapus
  4. Encik nak tanya sikit...
    1.Pernahkah buah kelapa pandan encik luruh dari tandannya sebelum matang dan apakah puncanya?
    2. Berkaitan dengan buah kelapa pandan menjadi pecah dan apakah yang menyebabkan?

    BalasHapus
  5. Assalamualaikum, Tuan. Boleh saya dapatkan no. Telefon Ah tee?

    BalasHapus
  6. Blh dapatkn no tel dan alamat u pembelian segera.....

    BalasHapus
  7. boleh x saya dapatkan kelapa pandan secara borong

    BalasHapus
  8. boleh x saya dapatkan kelapa pandan secara borong

    BalasHapus
  9. boleh x saya dapatkan kelapa pandan secara borong.call saya 0196984049 dan berikan alamat ladang

    BalasHapus
  10. Selamat pagi..boleh encik bg sy tel no Ah Tee, nak beli kelapa pandan byk..terima kasih...019-3800161 ini tel sy

    BalasHapus
  11. Selamat pagi..boleh encik bg sy tel no Ah Tee, nak beli kelapa pandan byk..terima kasih...019-3800161 ini tel sy

    BalasHapus
  12. Boleh saya melawat ladang ah tee? Bagamana caranya? Contact saya d 01113366649. Terima kasih

    BalasHapus
  13. Boleh saya melawat ladang ah tee? Bagamana caranya? Contact saya d 01113366649. Terima kasih

    BalasHapus
  14. Saya berminat untuk membeli kelapa dari pihak tuan.. sila contact saya di 0178875155.. terima kasih tuan

    BalasHapus
  15. Mencari pembekal kelapa pandan muda untuk dijual diletak dalam balang jualan...wassup saya 0122459408

    BalasHapus
  16. Boleh sy dapat contek no tuan ladang kelapa wassp sy 0149117562

    BalasHapus
  17. nak tnya ada nombor telefon boleh bgi?

    BalasHapus
  18. Bolih dapat number telephone Encik Ah Tee

    BalasHapus