AIR KELAPA MUDA adalah satu produk dari buah Kelapa (Cocos nucifera) yang popular di Malaysia dan banyak di negara-negara tropika lain. Bagi kita yang tinggal di kawasan tropika, air kelapa muda bukanlah hal yang sangat asing malahan sangat mudah untuk mendapatkannya. Kita mungkin pernah menikmatinya di gerai tepi jalan, pasar malam, pasar minggu, pasar tani dan juga di beberapa restoran Tempatan atau restoran antarabangsa. Kini air kelapa muda merupakan sajian istimewa di hotel-hotel tempatan dan antarabangsa. Amalan minum air kelapa pernah di popularkan oleh bekas Menteri Pertanian Malaysia Tan Sri Sanusi Junid semasa saya muda dahulu. Artikel subuh 26 Ramadan ini saya mempaparkan industri dan teknologi serta khasiat air kelapa muda.
Air Kelapa Muda dahulu sering dikaitkan dengan'lemah lutut' atau 'badan jadi letih lesu' apabila meminumnya. Adakah mitos ini sebenarnya ujud atau mungkin oleh kerana air kelapa muda sangat enak maka orang-orang tua lama tidak kasi orang muda minum?...Kajian oleh Professor Gurmit Singh dari USM Pulau Pinang yang dijalankan terhadap ahli-ahli sukan mendapati air kelapa muda sangat baik untuk ahli-shli sukan sebagai minumann isotonik berbanding dengan air mineral biasa atau air paip biasa. Kajian tersebut telah mengesyorkan agar air kelapa muda yang di kerkayakan (enriched) sangat baik untuk kegunaan ahli-ahli sukan pada masa akan datang.
Air Kelapa Muda di perolehi dari buah kelapa yang masih muda dimana pembentukan isi kelapa masih lembik lagi. Di Malaysia, Indonesia dan Thailand, air kelapa muda dari jenis Kelapa Pandan menjadi kegemaran kerana rasa manis dan aroma pandan yang terdapat pada kelapa tersebut. Lazimnya dalam kajian saya mendapati air kelapa muda dari jenis kelapa hijau adalah 'lebih sedap' berbanding dengan air kelapa muda dari varieti kelapa kulitnya berwarna kuning atau merah. Air kelapa muda dari kelapa varieti MATAG juga sesuai untuk dijadikan minuman. Saiz dan umur sebenar untuk memetik kelapa bagi tujuan dijadikan air minuman kelapa adalah mengikut kepakaran petani. Lazimnya tandan kelapa ke 3 dan ke 5 dari tandan paling matang sesuai untuk dipetik (bergantung kepada jenis kelapa, kaedah pengurusan dan kemahiran). Bagi kelapa pandan lazimnya pada tandan ke 3.
Ternyata kajian menunjukkan bahawa air kelapa bukanlah sekadar air yang manis dan menyegarkan sahaja tetapi didalamnya terkandung zat permakanan, vitamin dan beberapa jenis bahan mineral. Bahkan ada yang mengatakan bahwa kandungan ai kelapa macam minuman yang serba lengkap. Air kelapa merupakan satu jenis air untuk sumber tenaga yang mengandungi glukosa dan juga protein. Kajian saintis juga menunjukkan ia mengandungi sebanyak 12 jeni jenis protein. Diantaranya adalah seperti Alanin, Arginin, Asid Aspartik, Asid Glutamik, Histidin, Fenilalanin, Tirosin dan lain-lain lagi. Air kelapa juga kaya dengan mineral seperti Natrium (Na), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Besi (Fe) dan Tembaga (Cu). Tidak ketinggalan ialah Vitamin C dan 7 jenis Vitamin B iaitu Nikotinik, Asid Pantotenik, Biotin, Riboflavin (B2), Asid Folic, Tiamin (B1) dan Piridoksin (B6). Ini menunjukkan air kelapa bukan sembarangan tau...
Telah terbukti juga bahawa air kelapa mempunyai sifat seimbang (isotonic) dan kaya dengan elektrolit. Oleh itu tidak keterlaluan jika air kelapa didakwa sangat baik diminum ketika tubuh kekurangan elektrolit terutama ketika menjalankan aktiviti fizikal atau membuat sukan olahraga yang aktif. Selain sebagai minuman segar yang akan jadi pelepas dahaga, didapati air kelapa mempunyai beragam manfaat. Terdapat beberapa dakwaan lagi mengenai kebaikan dan khasiat air kelapa muda. Berikut ialah diantara dakwaan yang didapati dari ramai pencinta minum air kelapa.
1. Bahan Elektrolit Semulajadi
Air kelapa muda terbukti kaya dengan kandungan elektrolit, Cloride, Kalsium, Potasium, Magnesium, Sodium dan Riboflavin. Ia di minum sebagai minuman isotonik yang semulajadi yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh. Air kelapa muda juga sangat bermanfaat untuk proses 'rehydration' iaitu memulihkan stamina tubuh kita. Ada dakwaan menyatakan untuk Ibu hamil memerlukan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Kekurangan air semasa kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi seperti sakit kepala, kekejangan, edema dan bahkan 'contraction' yang menyebabkan berlaki kejadian keguguran datau bersalin awal. Ibu hamil disyorkan minum air kelapa muda untuk meningkatkan kesihatan.
2. Bahan Diuretik Semulajadi
Sebagai bahan diuretik semulajadi yang bersih (steril) yang didapati pada air kelapa muda, kajian menunjukkan ianya melancarkan sistem peredaran darah, sistem pengeluaran air dalam badan dan membantu membersihkan saluran air kencing. Ini dapat membantu tubuh kita dalam proses mengeluarkan unsur toksin dari badan dan mencegah jangkitan atau masaalah dalam sistem perkumuhan.

3. Bahan Antipenyakit
Air kelapa muda yang mengandungi Asid Lauric iaitu sejenis asid yang dapat membantu melawan penyakit. Asid Lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki ciri-ciri Anti-kulat, Anti-Bakteria dan Anti-Virus sehingga menjaga kesehatan kita. Ini penting terutama bagi ibu dan bayi dari jangkitan virus seperti Herpes,HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria clamidia dan heliokobater.
4. Bahan Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercayai dapat memperbaiki fungsi sistem pencernaan atau perkumuhan badan kita. Bagi ibu mengandung uri menghasilkan hormon progesteron yang memperlambatkan kejangan otot lsehingga sistem pencernaan pun lambat da agak bermasaalah. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.
5. Bahan Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol dan bahkan menurut kajian para saintist dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh. Ini adalah baik untuk mereka yang menghadapi masalah darah tinggi dan kencing manis.
Diharap artikel ini dapat membuka minda kita kembali untuk meminum air kelapa muda. Selain daripada mudah di dapati, enak diminum, kos yang murah dan merupakan minuman semulajadi yang berkhasiat..saya tidak nampak mengapa orang kita tidak suka minum air kelapa muda. Adalah lebih baik jika setiap rumah di Malaysia yang mempunyai tanah dikawasan keliling rumah untuk menanam pokok kelapa renek yang dapat menghasilkan buah kelapa untuk di ambil kelapa muda. Selain daipada dapat daun kelapa, lidi penyapu, air kelapa dan lain-lain produk dari kelapa , kita juga akan lihat keindahan landskap disekeliling rumah yang redup dan nyaman. Wallah hua alam..
AIR KELAPA MUDA...SEDAP SEKALI....
MINUM SEKALI...NANTI NAK LAGI...
KALAU YANG FREE...SIAPA NAK BAGI....
TANAM SENDIRI...PUAS HATI.....

Tidak ada komentar:
Posting Komentar