Sabtu, 10 September 2011

Nenas Morris Kedah

Pokok nenas yang ditanam padan antara pokok getah En Heng.

Nenas (Ananas cosmossus) merupakan tanaman buah-buahan yang popular di Johor dan merupakan satu komoditi yang sesuai sebagai tanaman tunggal atau pun tanaman selingan. Baru-baru ini penulis telah membuat tinjauan teknologi berkenaan tanaman nenas morris di Kg Charok Beras, Kuala Ketil dalam Daerah Baling Kedah yang ditanam sebagagai tanaman selingan dengan pokok getah. Pengusaha yang di temui ialah Encik Heng Joo Chai yang berasal dari Pulau Pinang dan menanam nenas seluas 2.5 hektar disekitar Kedah. Nenas yang ditanam kebanyakkanya dari jenis nenas Morris dan hanya 20% jenis nenas Josapine. Nenas tersebut adalah untuk pasaran segar di Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara.


Pembantu Pertanian kawasan iaitu Encik Mohd Yunos menjelaskan perkhidmatan pengembangan tanaman nenas morris di berikan sebagai satu program SPTP Jabatan Pertanian. Encik Heng menanam sebanyak 70,000 sulur nenas morris yang kini berumur 8 bulan dan sistem tanaman yang dijalankan merupakan sistem tanaman padat. Tanah dikawasan kebun getah merupakan tanah mineral yang subur. Pokok getah berumur 2 tahun ditanam nenas diantara barisan dan didalam barisan tanaman getah. Menurut En Heng sistem tanaman padat ini dapat membantu dalam kawalan rumpai dan pengeluaran hasil yang tinggi. Tidak ada sistem pengairan dalam kebun nenas beliau. Terdapat 6 buah tong drum yang diletakkan di lokasi khusus bagi tujuan mengutip air hujan untu sumber air bagi semburan racun rumpai. Racun rumpai hanya di sembur di laluan jalan kebun dan tepi-tepi kebun. Penyemburan racun rumpai dijalankan 3 kali dalam setahun.


Baja nenas diberikan mengikut pakej teknologi yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. Baja campuran Bordeoux Mixture juga digunakan oleh En Heng dan saya dapati pertumbuhan nenas sangat subur dan seragam. Kerja-kerja di ladang dibuat oleh 3 orang pekerja asing yang dibayar upah antara RM 25.00- RM 28.00 sehari. Kerja-kerja utama yang dijalankan oleh pekerja asing tersebut dari merumput, meracun, memotong, mengutip sulur serta buah dan pembajaan. Pil ANA digunakan untuk aruhan pembuahan buah nenas apabila pokok nenas berumur 9 bulan keatas. Pill ini dibeli dari Pulau Pinang dengan harga RM20.00 satu botol.

En Heng mendakwa nenas beliau lebih manis daripada Nenas Morris Johor dan dipasarkan di Pulau Pinang untuk pasaran segar. Dakwaan ini disahkan oleh Pembantu Pertanian kawasan yang nyatakan bacaan kemanisan buah nenas morris kawasan Baling mampu capai sehingga 15-16 darjah Brix. Buah-buah yang telah dituai akan digredkan mengikut saiz dan kualiti. En Heng mempunyai 3 gred nenas morris iaitu Gred A (8% daripada jumlah penghasilan), Gred B (10% daripada jumlah hasil) dan Gred C (10%) daripada jumlah hasil. Nenas segar beliau akan di bawa ke Pulai Pinang dan di jual dengan harga RM 1.50-RM 1.60 sebiji (Gred A), RM 0.85 sebiji (Gred B) dan RM 0.40 sebiji (Gred C).

Menurut En Heng tanaman nenas morris beliau akan dituai selama 5-6 tahun dengan penjagaan yang sempurna. Selain daripada jualan nenas segar beliau juga menjual sulur nenas kepada petani-petani lain disekitar yang ingin menanam nenas dengan harga RM 0.15 -RM 0.20 satu sulur. Ditanya bagaimana beliau menguruskan sistem pemasaran nenas beliau nyatakan selain kebun yang saya lawati beliau ada beberapa kebun lain di sekitar Baling, PokoK Sena, Kulim dan Bulit Tambun di Pulau Pinang. Jumlah keluasan kebun nenas beliau mencapai 24 ekar keseluruhannya. Dengan penjadualan tanaman yang betul beliau dapat menghasilkan purata 3,000 - 8,000 biji nenas setiap minggu untuk pasaran segar. Projek tanaman nenas diatas tanah mineral En Heng yang dijalankan sebagai tanaman selingan kawasan penanaman semula getah ini merupakan satu contoh projek yang menguntungkan dan berjaya.


TANAM NENAS ....TANAMAN SELINGAN.....
KAWASAN GETAH... TANAH DISEWA......
KELUAR HASIL...SANGAT LUMAYAN.....
DAPAT UNTUNG...BOLEH KETAWA...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar