Tanaman cili bengala fertigasi. |
Zat Mikro Tumbuhan yang di maksudkan adalah Zat Besi (Iron - Fe), Molybdenum (Mb), Boron (B), Kuprum (Copper - Cu), Mangganese (Mn), Garam (Sodium - Na ), Zink (Zinc - Zn), Nikel (Nickel - Nc) dan Klorin (Chlorine - Cl). Keperluan Zat besi (Fe) untuk tumbuhan penting untuk prroses fontosintesis tumbuhan bagi membentuk enzim yang membantu proses tersebut. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan daun pokok akan kerekot (Chlorosis) atau pun berlaku 'Chlorosis' pada urat-urat daun (interveinal). Zat mikro Molybdenum pula akan membantu dalam pembentukan enzim yang berkaitan dengan aktiviti pembentukan asid amino dalam tumbuhan yang merupakan sumber tenaga.
Boron (B) sering di perkatakan dalam zat mikro tumbuh-tumbuhan kerana pembentukan dinding sel (wall formation), pembahagian sel-sel dan juga pengeluaran enzim-enzim tertentu dalam tumbuhan. Pengaliran gula dalam tumbuh-tumbuhan, pembentukan bunga dan debunga serta proses percambahan (germination) juga sangat berkaitan dengan zat Boron. Oleh itu kekurangan boron akan menyebabkan tumbuhan bantut atau berlaku nekrosis pada daun. Kekurangan zat boron amat ketara pada tanah yang berasid, tanah berpasir yang banyak terima hujan dan tanah yang kurang kandungan organik. Ion-ion borate boleh dilarutresap dalam tanah dengan mudah walau pun unsur tersebut berhampiran dengan akar rambut. Zat Boron juga amat ketara kekurangannya pada musim kemarau kerana pada masa kemarau aktiviti pertumbuhan dan pergerakan akar tumbuhan adalah sangat terhad.
Kuprum (Cu) atau Copper adalah zat mikro yang sangat penting untuk proses Fotosintesis tumbuhan iaitu bagi metabolisma Nitrojan dan Karbohiderat dalam daun. Fungsi Cu juga adalah untuk pembentukkan Lignin sel tumbuhan yang menguatkan sel daripada masaalah layu. Kekurangan Cu boleh mengakibatkan daun menguning, masaalah 'dieback' pada batang dan tangkai daun, pokok terbantut dan daun pokok menjadi pucat. Kekurangan Cu lazimnya terdapat pada tanah berpasir yang mengandungi bahan organik yang rendah. Pengambilan Cu oleh akar akan berkurangan apabila pH tanah meningkat. Kandungan zat Fe dan P dalam tanah juga akan menurunkan pengambilan zat Cu oleh tumbuhan.
Manganese (Mn) adalah zat mikro yang diperlukan untuk proses metabolisma Nitrojen semasa proses fotosintesis untuk membentuk lain-lain bentuk kompoun. Kekurangan Mn akan menyebabkan klorosis interveinal pada daun. Jika kekurangan Mn yang teruk akan menyebabkan bintik-bintik coklat pada daun dan akhirnya daun gugur. Kekurangan zat Mn juga akan menyebabkan berlakunya kelewatan kematangan buah. Kekurangan zat Mn sering terdapat pada tanah organik , tanah berpasir yang kurang baja organih, pH tyang tinggi dan tanah yang terlebih pemberian baja Kapor (Liming). Kandungan zat Mn dalam tanah juga akan menyebabkan kesan toksik pada tanah.
Molybdenum (Mb) di perlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk sistem enzim tumbuh-tumbuhan dan proses simbiosis oleh Bakteria dalam akar tanaman kekacang iaitu untuk pengikatan Nitrojan dalam akar. Proses metabolisma Nitrojan dan sulfur serta sintesis protin berkait rapat dengan zat Mb ini. Zat ini juga berkait rapat dengan aktiviti pembentukkan debunga (pollen) serta pembentukan bijirin pada tanaman tersebut. Oleh kerana keperluan zat Mb ini sangat sedikit jadi tanda kekurangannya juga tidak begitu ketara. Mb sangat cepat bergerak didalam tumbuh-tumbuhan dan simptom kekurangan tidak dapat dikesan pada pokok atau daun muda. Kekurangan zat Mb ini sering berlaku pada tanah berasid dan berpasir dikawasan beriklim lembab seperti di Malaysia. Kemampuan pengambilan Mb juga akan meningkat dengan peningkatan pH Tanah iaitu keadaan yang terbalik dengan zat pekit yang lain.
Penulis di tanah gambut- Keladi mawar |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar