Pokok bakawali kat rumah di Muar, Johor |
Pokok bakawali mudah ditanam dan dibiakkan di Malaysia dan tahan dalam keadaan cuaca kering dan panas. Saya masih mempunyai beberapa rumpun pokok ini yang di tanam dalam pasu dan atas tanah di Putrajaya. Pokok asal saya perolehi dari Pulau Sibu, Mersing, Johor pada tahun 1997 dulu (Semasa bertugas di Mersing) kemudian di bawa ke Segamat, UDA Johor Bahru, Parit Bunga, Muar dan kini di Putrajaya dan masih hidup subur. Pokoknya mempunyai batang berwarna hijau coklat gelap yang mempunyyai bintil atau lenticel. Daunnya berwarna hijau gelap dengan bentuk 'jantung'. Terdapat akar udara pada batang pokok bakawali yang menyebabkan pokok melekat pada batang pokok (Pokok Mangga atau Pokok Neem sesuai). Jika berbunga ianya berwarna kekuningan dan keluar dari bahagian batang yang matang dan tua. Jika berbuah ianya adalah buah jenis 'drupe' yang berwarna kemerahan apabila masak.
Bakawali merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompoun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bakawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Banyak kajian perlu dijalankan untuk tumbuhan ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu.
Penanaman bakawali adalah sangat mudah dijalankan. Penanaman menggunakan keratan batang dari pokok yang cukup umur dan ambil spenjang 40-50 cm batang. Cacakkan keratan batang dalam pasu atau atas tanah dengan bahagian atas batang menegak keatas (Jangan terbalik). Pastikan tanah diberikan baja organik dan tidak terendam. Tunas baru akan tumbuh dalam 10-15 hari dan biarkan tersu memanjang dan memanjat atau melilit batang tumbuhan atau dinding rumah. Pemerhatian saya pokok bakawali tidak diserang sebarang serangga perosak atau kulat. Pokok akan terencat jika tenggelam dalam air dalam masa agak lama.Pokok yang subur mempunyai bilangan daun yang banyak dan sangat rapat.
Kutipan hasil boleh dijalankan selepas 6-10 bulan penanaman dengan bahagian batang bakawali telah matang dan tidak mempunyai daun lagi. Penuaian batang pokok di India dijalankan dengan memotong batang-batang bakawali dan dikumpulkan senelum di keringkan dan di potong. Proses pengeringan dengan menjemur dibawah sinaran matahari selama 4-7 hari sebelum di proses menjadi keratan batang bakawali, Bakawali kering atau di kisar untuk menjadi serbuk bakawali. Batang bakawali yang kering boleh di simpan lama sebelum digunakan.
Dalam bidang pertanian pokok bakawali sangat berguna untuk mengawal tikus di sawah padi. Tikus (Rattus argentiventer) merupakan salah satu perosak dalam penanaman padi dengan memusnahkan pokok padi sehingga 100% dan mampu mengurangkan hasil tuaian padi. Satu kajian telah di jalankan di Kg Gambiran, Bayuwangi, Jawa Timur untuk menggunakan bakawali dalam menghalang serangan tikus. Sebanyak 1 kilogram Bakawali (Tinospora crispa) segar diambil dan 1 kg Jering (Pinthecoellobium jiringa) bersama 3 kg Ubi Gadung (Dioscorea hispida) di parut kemudian dicampur dengan 1 liter air. Larutan ini kemudian di tapis dan di semburkan di kkwliling batas kawasan sawah padi dengan kekerapan 3 hari sekali semburan. Hasilnya tikus tidak datang kekawasan sawah padi untuk memusnahkan tanaman. Tikus tidak datang dengan bau jering, pahit dari bakawali dan ubi gadung.
SELAMAT MENCUBA, INSYALLAH!
BAKAWALI....SANGAT PAHIT RASANYA...
MUDAH DI TANAM...BANYAK KHASIATNYA...
DARAH TINNGI,NYAMUK...LARI DENGANYA..
SELEPAS TAHU....TANAM DIRUMAH YE...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar