Baby corn yang siap diproses. |
'BABY CORN' adalah nama gelaran bagi tongkol jagung muda yang di tuai dari pokok JAGUNG (Zea mays) yang digunakan sebagai sayuran yang sangat popular di Malaysia dan juga banyak diusahakan dikalangan negara Asia Pasifik. Baby Corn adalah sejenis bahan sayuran yang sangat popular dalam masakan Restoran Thai seperti dalam Sayuran Tomyam, Sup Sayur, Satur Capcai dan banyak lagi. Di restoran dan Hotel-hotel hidangan makanan salad dan ulaman baby corn disediakan dan menjadi kegemaran kepada orang ramai. Mungkin kita tidak tahu bahawa baby corn adalah hasil sampingan kepada petani atau penanam jagung kerana ianya memang ada pada pokok jagung. Bilangan baby corn sepokok dan saiznya bergantung kepada varieti jagung yang di tanam. Pada masa ini Thailand, Taiwan dan China merupakan pengekspot utama baby corn keseluruh dunia dalam bentuk baby corn segar atau pun baby corn dalam tin. Arteikel ini saya berbincang mengenai industri tanaman baby corn dan maklumat yang berkaitan dengannya berdasarkan kepada pemerhatian, pembacaan dalam buku2 teknikal dan beberapa laman sesawang diinternet.
Baby corn untuk di tuai |
Tanaman jagung untuk produk segar lazimnya memerlukan masa 3 bulan untuk dituai. Biji benih Hiberid atau OP yang dibeli dengan harga RM 150.00 sekilogram (Hibrid) dan RM 20.00 sekilogram (OP) akan mula berbunga selepas 4-6 minggu ditanam atau lebih awal. Putik Jagung (Baby Corn) yang berukuran 4.5 - 10 cm (2-4 inci) panjang atau 7-17 mm garispusat sesuai di petik. Pastikan aktiviti memetik baby corn dilakukan selepas 5 hari proses pengisian susu (Milking stage). Lewat daripada waktu tersebut biji jagung akan terbentuk dan akan menjadi jagung muda. Pastikan memetik baby corn selepas berlakunya proses pendebungaan dan pengisian susu jagung. Peringkat ini tongkol jagung masih lembut dan manis jika di makan mentah. Gunakan Buku Panduan Pakej Teknologi Tanaman Jagung untuk mendapatkan waktu sebenar paling sesuai untuk mengutip baby corn.
Terdapat beberapa variety yang sesuai ditanam untuk menghasilkan baby corn. Antara varieti jagung manis yang ditanam di Malaysia ialah seperti Thai Super Sweet (TSS), Jagung Big Fruit 926, Jagung White-Yellow 723, Jagung Yellow 928 dan Hibrid F1 (1000 dan 1001) ada yang banyak hasilkan baby corn. Tongkol baby corn di tuai dengan tangan dan di kumpulkan. Buangkan selaput hijau kulit dan buang bahagian atas sehingga 1/4 bahagian atau ada yang 'togelkan' terus kulit baby corn mengikut kehendak pasaran. Lazimnya untuk pasaran segar di letakkan 4-5 biji disusun dalam satu bungkusan yang dijual RM 1.00 satu peket. Baby Corn perlu dipasarkan segera untuk mempastikan kesegarannya. Jika disimpan dalam peti sejuk baby corn tahan sehingga 5-7 hari dengan tahap yang masih segar.
BABY CORN DALAM TIN |
BABY CORN ....NAMA DI BERI....
CARA MENUAI...POKOK TAK TINGGI...
HASIL BERTAMBAH....TIDAK TERPERI...
JAGUNG MANIS..SESUAI SEKALI...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar