Sabtu, 10 September 2011

Mangga MA224 (Chok anan)

Buah mangga yang dijaga dengan baik di Projek mangga Kg Gelam , Melaka.
Mangga (Magnifera indica) adalah tanaman yang sesuai ditanam di kawasan yeng mempunyai cuaca panas sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk menggalakkan berbuah. Mangga Klon MA 224 atau dikenali sebagai Mangga Chok anan atau kini diberi nama Melaka Delight merupakan sejenis mangga yang sesuai dimajukan dikawasan bekas tanah sawah. Saya mula memperkenalkan tanaman mangga ini pada tahun 1989 semasa bertugas di MIADP dalam projek pemulihan tanah sawah dari tanaman padi atau tanah terbiar kepada tanaman kekal. Penanaman mangga ini diteruskan dengan sangat aktif oleh Jabatan Pertanian Melaka sehingga kini dan Melaka muncul sebagai pengeluar utama mangga chok anan selain daripada Negeri Perak (Kawasan Tanah Bris) dan Sarawak (kawasan Tanah Gambut).
Saya berpeluang melawat kebun mangga Chok Anan di Kg Gelam Melaka dan berbual dengan petani disana, Menurut Md Noor kawasan projek tanaman mangga dijalankan dalam 3 fasa mulai tahun 2001, 2002 dan 2003 seluas 70 hektar. Katanya terdapat seramai 50 % petani yang aktif dan produktif sementara 30% adalah petani pasif dan 20% kawasan terbiar semula . Kerja membuat cantasan merupakan aktiviti utama dalam penanaman mangga dimana setelah lebih 8 tahun pokok yang sentiasa dicantas masih setinggi 5-6 kaki dengan ukurlilit batang sebesar 60-80 cm. Cantasan terbuka tengah dijalankan dengan membuang dahan-dahan menegak serta dahan yang diserang penyakit.
Jabatan Pertanian dan MARDI ada memberikaan khidmat kepakaran mengenai kaedah cantasan yang betul dan sentiasa di perbaiki kaedahnya. Baja organik (Tahi Kambing) ada digunakan selain daripada baja buah NPK 12:12:17:2. buah. Buah mangga perlu disampul dengan kertas surat khabar lama atau plastik untuk menjaga kualiti. Buah-buah yang tidak disampul mudah diserang lalat buah dan ulat pengorek buah selain daripada kulit berkarat yang mencacatkan buah mangga Chok anan. Ubat penggalak bunga digunakan bagi meningkatkan pembungaan dengan disiram/tabur dipngkal pokok apabila daun telah sedia matang. Petani di sini menggunakan Perut Ikan dan Kepala Udang yng digantung di batang pokok . Tujuannya ialah untuk menarik lalat yang datang dan akhirnya lalat tersebut membantu dalam proses pendebungaan bunga mangga. Petua ini didapati sangat berjaya meningkatkan 'fruit set' buah mangga chok anan.Buah yang masak dikutip pada indeks 4, 5 dsn 6 bergantung kepada kehendak pasaran dan kehendak pengguna. Buah mangga ada yang perlu diperam untuk pasaran jauh. Menurut Md Noor, purata hasil mangga chok anan di Kg Gelam lingkungan 8-10 metrik tan sehektar (Kebun yang dijaga rapi). Buah yang dipetik digredkan mengikut saiz, bentuk dan kecacatan iaitu Gred A (Dijual dengan harga RM 2.30 sekilogram ) dan Gred B (Dijual dengan harga RM 1.90 sekilogram). Buah putik yang ada di petik (jika terlalu baanyak dalam satu tangkai) sebesar telur ayam dan dijual untuk dibuat jeruk mangga dengan harga RM 1.00 ssekilogram.Penanaman mangga chok anan atau Mas Delight merupakan satu aktiviti yang sesuai untuk kawasan tanah sawah terbiar. Selain daripada mengelurkan buah mangga segr saya mengesyorkan petani di kg Gelam ini untuk membuat pemilihan pokok yang berhasil tinggi dan buat cantuman dewasa kepada pokok yang berhasil sederhana dan rendah. selain itu saya mengesyorkan agar petani mampu mengeluarkan benih chok anan sendiri dan jual kepada petani lain. Syor untuk memajukan tanaman lain diantara barisan tanaman seperti cili padi, paku pakis, ulam-ulaman boleh dibuat untuk mningkatkan pendapatan petani.
TANAM MANGGA...MANGGA CHOK ANAN....
PERLU DICANTAS...DITINGGAL JANGAN....
MAS DELIGHT... NAMA SAMARAN....

AO MIADP ....PELOPOR TANAMAN....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar