DURIAN D24 (Durio zibethinus) merupakan satu varieti atau klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. Klon Durian D24 juga dikenali sebagai 'DURIAN BUKIT MERAH' yang mana didaftarkan pada 30 November 1937 (Sudah hampir 75 tahun lalu) yang berasal dari Bukit Merah Reservoir Reserve, Perak. Ramai generasi sekrang tidak kenal akan durian D24 yang ada dijual pada musim buah-buahan kerana tidak tahu akan pencirian sifat buah tersebut. Dikalangan petani, peraih, pegawai pengembangan (yang baru kerja) mungkin juga kurang kenal akan buah durian 'King of the Fruit' klon ini yang sangat terkenal semanjak 75 tahun dulu. Artikel kali ini saya cuba menjelaskan ciri-ciri Durian D24 dengan gambarnya sekali agar menjadi panduan kepada pembaca. Maklumat ini merujuk kepada maklumat pencirian buah durian dilaman web di Jabatan Pertanian Malaysia.
Klon Durian D24 ditanam menggunakan abakbenih yang telah disahkan dan mengambil masa lama untuk mula menghasilkan buah bergantung kepada pengurusan kebun. Jangkamasa dari waktu berbunga sehingga buah masak dan gugur adalah selama 105-115 hari. Pokok durian D24 adalah rimbun dan mempunyai dahan yang banyak untuk menghasilkan bunga dan buah. Cantasan pembentukan sangat penting di peringkat awal penanaman. Harga durian klon D24 adalah tinggi setanding dengan klon popular lain seperti Klon Durian D197 ( Raja Kunyit/Musang King), Klon Durian D99 (Kop Kecil), Klon Durian 123 (Chanee), Durian 175 (Udang Merah) dan sebagainya. Tahun 2011 menunjukkan harga durian diparas paling tinggi apabila pengeluaran durian sangat kurang (dianggarkan cuma 40-60% sahaja dari tahun sebelumnya) pada musim utama.
Biji Durian D24 berwarna coklat dan bersaiz sederhana (Lihat foto sebelah). Bijinya padat dengan kadar ulas yang mengandungi biji penoh adalah sebanyak 80% dan ulas yang mengandungi biji tidak penoh 20%. Klon Durian D24 jarang mempunyai biji yang kesep. Purata bilangan ulas dalam satu pangsa ada 4 Ulas. Bagaimana pun pokok durian D24 yang telah berumur melebihi 20 tahun kadang-kadang terdapat kejadian biji kesep dan bilangan biji yang agak berkurangan berbanding dengan pokok muda. Biji durian D24 boleh disemai untuk dijadikan 'root stock' bagi penyediaan anak benih cantuman.
Bentuk buah D24 adalah bulat dengan warna kulit buah yang kehijauan serta mempunyai duri tajam (Lihat foto sebelah). Panjang buah adalah sederhana dengan purata panjangnya 21.2 cm dan garispusat buah juga sederhana iaitu purata 19.8 cm. Kajian pakar juga menyatakan kadar panjang kepada lebar buah adalah pada ukuran 1.07:1. Klon durian D24 mempunyai bentuk buah yang mudah dikenali oleh pakar-pakar buah durian dan peraih yang mahir sahaja apabila beberapa jenis klon di kumpulkan bersama. Paling baik jika hendak mengetahui klon durian D24 perlu lihat sekali pencirian pada pokoknya selain daripada melihat pencirian pada buah sahaja (paling tepat lihat buah tersebut).
Tangkai durian D24 adalah sederhana iaitu dengan purata panjang 4.7 cm. Tangkai buah adalah berwarna coklat berbentuk bulat selinder dan mempunyai ukuran garispusat berikuran 1.7 cm (Lihat foto sebelah). Jika diperhatikan ciri khusus ialah dimana susunan duri pada pangkal tangkai buah merupakan duri halus pendek yang bergabung. Tidak ada tanda melekuk atau menonjol pada bahagian bahu seperti klon-klon lain dan bahunya adalah rata.
Dibahagian bawah buah (orang jawa kata 'bontot buah') akan terdapat bulatan berwarna coklat perang berukuran 1-1.5 cm garispusat dengan titik kehitaman ditengahnya (Lihat foto sebelah) dan akan jelas persempadanan pangsa ulas durian. Tanda garisan sempadan pangsa pada klon D24 boleh dikatakan seimbang yang lazimnya ada 4-5 garisan atau sempadan pangsa. Garisan ini memudahkan kerja-kerja membelah durian untuk klon D24. Klon ini juga tidak mempunyai masaalah untuk dibelah pencirian ini. Membelah menggunakan parang atau alat pengopek durian bagi klon ini adalah SEDERHANA senang. Kajian juga menunjukkan tebal kulit D24 purata setebal 1.0 cm iaitu sederhana.
Isi durian D24 merupakan aset utama klon ini dimana warnanya kuning yang sangat menarik (Lihat foto sebelah). Susunan pangsanya tidak berkop dan padat serta menhgasilkan bau yang sederhana kuat. Saiz ulas dan empulurnya adalah sederhana. Isinya sederhana manis dengan terdapat rasa pahit yang juga sederhana tepapi mempunyai rasa lemak yang agak kuat. Rasa manis, pahit dan lemak yang kuat ini merupakan satu keistimewaan khusus kepada pengemar-pengemar buah durian sebenar. Tekstur isinya adalah halus dengan kepadatan yang lembik serta aroma yang sederhana. Kajian menunjukkan purata kadar beras isi atau ulas buah kepada berat keseluruhan buah adalah pada kadar 0.314. Ini bermakna kalau kita membeli sebiji durian D24 berharga RM 10.00 sebiji atau satu kilogram, kita cuma dapat makan ulas durian (Isi dan biji) sebanyak RM 3.14 sahaja...bakinya adalah berat kulit dan tangkai!
Berbalik kepada kulit durian D24 yang berduri, memang agak sukar untuk membezakan bentuk duri klon D24 dengan klon-klon lain yang serupa dengannya. Duri durian D24 (Lihat foto disebelah kiri) berbentuk besar dan tajam berwarna hijau dipangkal duri, kekuningan dibahagian tengah duri dan hujung tajamnya keperangan coklat. Jika diteliti saiz duri diatas pangsa buah adalah lebih besar jika dibandingkan dengan duri diantara pangsa buah yang agak kecil dan tirus. Belum ada laporan klon Durian D24 tidak mempunyai 'duri'....kalau ada orang dakwa pun memang pasti itu bukan buah durian....buah tanpa duri!
Artikel ini diharap dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada petani, peraih, penjual, pemborong apa lagi pembeli dan peminat-peminat durian D24 atau lebih dikenali sebagai durian 'Bukit Merah'. Penulis memang sudah kenal dengan klon D24 kerana ianya ada ditanam dikebanyakan stesyen Jabatan Pertanian dan dibebun petani di Muar dan Bentong. Klon D24 merupakan satu klon yang stabil dan terus mendapat pasaran ekspot antarabangsa seperti di China, Jepun dan Asia Barat. Walau pun keluasan kawasan durian terus menurun daripada seluas 110,000 hektar sekarang tetapi saya agak pasti dengan potensi klon D24 yang perlu terus dimajukan untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada masa akan datang. Inysaalah!
KLON D24....NAMA LAIN 'BUKIT MERAH'....
BUAH SEDERHANA...HARGA TAK MURAH...
TELAH 75 TAHUN...MELEWATI SEJARAH....
KALAU NAK BELI....DAH TAHU , TERSERAH....

Durian tak berduri memang ada, itu bukan Durian D24 tapi Durian Botak (tarikh daftar: 17 Jun 1989) dari Tangkak, Johor. Spesis durian jenis ini juga terdapat di hutan Lombok, Indonesia.
BalasHapus