BURUNG WALIT (Swiftlet) atau nama saintifiknya Collocalia fuciphaga atau Aerodramus fuciphaga merupakan satu jenis burung yang di ternak secara komersial di Malaysia semenjak tahun 2006 dengan anggaran terdapat lebih dari 20,000 - 30,000 premis pada tahun 2010. Sejarah mengenai aktiviti mengutip sarang burung walit atau diperingkat tempatan sebagai burung layang-layang ini bermula lebih 100 tahun dulu di Gua Niah Sarawak secara tradisional. Kini Penternakan burung walit mendapat perhatian ramai apabila berlaku Tsunami di Acheh dimana banyak rumah burung walit disana musnah akibat tenggelam dan rosak dan dipercayai burung-burung ini telah berpindah ke Malaysia dan kawasan-kawasan lain di seluroh Indonesia. Industri ini yang mendapat perhatian orang ramai di Malaysia apabila Kerajaan Malaysia dalam Ucapan Bajet oleh Perdana Menteri pada tahun 2008/2009 disebut sebagai Industri bernilai tinggi (HIP) yang kini memberikan pulangan berbillion ringgit setahun. Pengeluar utama produk burung walit adalah Indonesia dan kini Malaysia juga tersenarai sebagai sebuah negara yang menghasilkan banyak produk burung walit ini. Artikel ini saya cuba mengupas akibat daripada industri penternakan burung walit ini yang jarang-jarang di bincangkan berdasarkan kepada pendapat, pemerhatian dan hipotesis yang saya jalankan.
Bantahan bisnes walit diakhbar sinar |
Pada masa ini dilaporkan terdapat sebanyak 20,000 atau lebih premis burung walit di seluroh Malaysia yang bersaiz kecil, sederhana dan yang bersaiz besar. Angka ini terus meningkat dan bilangan sebenar mungkin dua kali ganda daripada yang dinyatakan diatas terutama rumah burung walit yang dibangunkan dalam kawasan kebun getah , kebun kelapa sawit, di deretan kedai baru dan lama serta di atas perumahan persendirian. Kos pembinaan mencecah suku juta ringgit bagi bangunan sederhana yang lengkap dengan keperluan asas untuk ternakan burung walit. Banyak bantahan mengenai industri ternakan burung walit terutama di kawasan bandar yang terdapat gangguan bunyi bising dan kekotoran dan ruang udara yang tercemar. Berita bantahan mengenai industri ini sering dimasukan dalam akhbar (Lihat akhbar SINAR di atas) dan media elektronik. Paling serious berlaku berlaku di bandar Kluang dimana pengusaha menghalakan bunyi suara CD yang 'bingit' kekawasan perumahan 24 jam seingga mengganggu keselesaan penduduk taman perumahan yang dihadapannya.
Saya akan memberikan komen dan hipotesis mengenai akibat industri burung walit berdasarkan kepada pemerhatian dan analisa yang tidak rasmi. Pertama saya lihat terdapat banyak burung walit yang berterbangan di kawasan ladang kelapa sawit pada waktu siang (antara 9.00 pagi - 12.00 tengahari). Pergerakan terbang paling ketara diatas jalan yang memisahkan dua kawasan ladang sawit dimana burung-burung walit dipercayai akan makan banyak Kumbang Pendebunga Elaeidobius cameroonicus yang terbang dari pokok kepokok lain untuk mendebunga bunga kelapa sawit. Semasa saya membuat latihan amali di Ladang Pamol , Kg Gajah, Kluang johor pada tahun 1980 dulu, kumbang ini baru sahaja di perkenalkan ke ladang sawit di Malaysia. Kini peranan kumbang ini didapati sangat berjaya kesannya sehingga Mat Salleh yang membawa masuk kumbang ini dari Afrika telah mendapat Hadiah Inovasi Sains Negara pada tahun 2009. Kumbang ini mampu terbang sejauh 1-1.5 km sehari untuk memdebungakan bunga kelapa sawit yang mana dahulunya kerja ini dijalankan oleh manusia bagi meletakkan (menyemprot) polen jantan kepada bunga betina. Jika seekor burung walit memakan 20-50 ekor kumbang ini sehari dan kita tahu kini terdapat beratus ribu malahan berjuta-juta ekor burung walit (mungkin sampai berbilion ekor), ini maknanya populasi kumbang pendebunga akan berkurangan hari demi hari dimakan oleh burung walit.
Hipotesis saya mendapati kemungkinan besar lama kelamaan populasi kumbang Elaeidobius cameroonicus (Foto sebelah) ini akan terus berkurangan. Ini kerana kadar pembiakan kumbang ini tidaklah begitu cepat berbanding dengan bilangan yang di makan oleh burung walit. Burung Walit suka berterbangan diatas ladang sawit dan mampu terbang sehingga 200 km sehari tanpa berhenti untuk mencari makanan khususnya serangga halus. Pada jangkamasa panjang kemungkinan hasil kelapa sawit akan berkurangan akibat agen pendebunga semakin kurang. Perlu ada kajian teliti mengenai fenomena ini kerana seolah-olah tidak ada kawalan langsung mengenai kadar pengusaha burung walit yang sangat agresif membina rumah atau bangunan baru. Walau pun penternakan ini dilesenkan dengan JPV dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi kesanya terhadap industri kelapa sawit juga perlu di teliti. Industri Kelapa sawit merupakan komoditi utama negara yang telah menghasilkan berbillion juta ringgit dan merupakan asas ekonomi penting kepada ramai petani, peneroka dan estet diseluroh negara berbanding dengan bilangan pengusaha burung walit tidak seramai mana tetapi 'burung walitnya' sampai beribu-ribu ekor.
Dalam lawatan saya ke Perak, Kelantan dan Terengganu dan berjumpa dengan beberapa orang pemungut madu lebah tualang (Apis dorsata) dan beberapa masyarakat orang asli telah melaporkan semenjak 4-5 tahun ini pungutan madu tualang sangat berkurangan dengan drastik. Hipotesis saya ada kaitan dengan industri ternakan burung walit yang secara logiknya memakan banyak lebah tualang di kawasan hutan berhampiran. Tidak dinafikan akan keupayaan burung walit yang mampu menyambar dengan banyak lebah tualang dan mengurangkan populasi lebah. Mereka mendakwa satu pohon Pokok Tualang yang dulu ada beberapa buah sarang lebah tualang kini hanya tinggal satu atau dua koloni sahaja atau tiada langsung koloni lebah tualang bersarang. Koloni yang ada pun kini saiznya telah mengecil. Adakan ini akibat industri burung walit? Kajian oleh Persatuan Lebah Malaysia yang di ketuai oleh Prof. Dr Mahadhir Mardan diharap dapat membuat penelitian diatas isu ini secara saintifik kelak. Hipotesis saya mungkin kurang tepat apabila keputusan kajian secara saintifik dijalankan.
Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Madu Impot (Apis melifera) dan Lebah Keran (Apis cerana) sila (Lihat foto lebah) merupakan serangga yang terbang untuk mendapatkan nektar dan debunga dari pokok kepokok dan mudah di jadikan makanan oleh burung walit yang terbang laju. Jika populasi burung walit terlalu banyak maka kemungkinan ini akan menjejaskan populasi lebah madu liar atau yang diternak oleh petani. Walau pun industri perlebahan masih pada tahap belum komersial tetapi dengan masaalah ini akan lebih menjejaskan pembangunan industri lebah madu. Begitu juga dengan aktiviti pendebungaan buah-buahan tempatan seperti belimbing, jambu batu, durian dan sebagainya yang mungkin akan terjejas akibat banyak serangga pendebunga yag berkurangan kerana di makan oleh burung walit. Artikel ini hanya mencetuskan hipotesis-hipotesis mengenai akibat industri ternakan burung walit selain daripada kesan-kesan lain seperti tempat ternakan nyamok, kekotoran najis dikawasan perbendaran, pencemaran bunyi, kebersihan bangunan, keindahan bangunan (tidak dicantikkan atau di cat) dan sebagainya. Wasallam...
BURUNG WALIT....INDUSTRI DIUTAMAKAN...
RUMAH DIBINA...KAWASAN PERBANDARAN...
INDUSTRI SAWIT...ADAKAH AKAN TERKESAN...
PENGELUARAN MADU.. TELAH BERKURANGAN...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar