Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae iaitu jenus tumbulan menjalar dan ditanam diseluroh dunia. Nama panggilan lain kacang buncis ialah French Bean (English), Pinto Bean, Kidney Bean dan sebagainya. Negera China merupakan pengeluar utama Kacang Buncis hijau didunia dengan dengan pengeluaran sebanyak purata 2.47 juta metrik tan setahun di ikuti dengan Indonesia (0.87 juta mt) dan Turki (0.53 juta metrik tan setahun). Kebanyakkan penanaman di negara mereka adalah untuk penghasilan Biji Kacang Buncis untuk kegunaan komersial. Penulis ingin berkongsi maklumat mengenai tanaman Kacang Buncis berdasarkan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pengembangan pertanian di Malaysia.
Di Malaysia kacang buncis ditanam sebagai sayuran untuk tujuan domestik dan ekspot. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 1,206 hektar tanaman kacang buncis pada tahun 2006 menurun cuma seluas 950 hektar pada 2009 dengan penghasilan sebanyak 10,930 metrik tan. Kawasan utama tanaman kacang buncis di Malaysia pada tahun 2009 ialah di Daerah Bachok, Kelantan (310 ha) diikuti Daerah Cameroon Highland, Pahang (255 ha) dan Daerah Besut ,Terengganu (193 ha). Jenis Kacang Buncis yang ditanam adalah dari jenis tempatan yang bersaiz kecil (10 - 15 cm) panjang berwarna hijau.
Tanaman Kacang Buncis adalah dari jenis menjalar dengan batang berwarna hijau dan bersifat melilit pada sokongan dengan panjang batangnya mencapai 2-3 meter panjang. Daunnya berbentuk 'alternate' yang lembut berwarna hijau muda atau hijau tua dan mempunyai bunga berwarna putih (Ada yang berwarna pink atau ungu) yang berbentuk macam tigasegi bersaiz 1 cm. Bijinya berwarna hijau atau hitam atau ungu atau kekuningan yang bilangan bijinya 4-6 butir bersaiz 1 -1.5 cm berbentuk buah Pinggang (Kidneys). Kelebihan tanaman ini ialah keupayaannya mengurai Nitrogen (nitrogen fixation) dalam tanah apabila berlaku simbiosis dengan Bakteria Rhizobium dalam tanah.
Penanaman menggunakan biji benih sebanyak 10 kg sehektar yang biasanya dibeli dengan harga RM 30.00 sekilogram di Tangkak, Muar, Johor. Jarak tanaman yang diamalkan di Muar ialah 0.5 m x 0.6 m memberikan sebanyak lingkungan 25,000 pokok sehektar. Tanaman dibuat diatas batas yang dinaikkan setinggi 20 -30 cm dan dibubuh baja organik Tahi Ayam sebanyak 5.0 mt/ha dan baja kapor GML sebanyak 2.5 mt/ha. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 pada peringkat awal dan baja NPK 12:1:17:2 sebanyak 700 kg/ha diberi berperingkat2. Kawalan rumpai dengan manual atau kimia. Adalah disyorkan menggunakan plastik penutup batas silvershine sebanyak 20 gulong sehektar untuk kawal rumpai dan kecekapan pembajaan.
Antara perosak tanaman kacang buncis di Malaysia adalah seperti Kutu Daun (Aphis craccivora) yang menghisap cairan daun mengakibatkan daun jadi kerinting dan boleh dikawal dengan racun kimia profenos, diaznon atau malathion. Serangga Kumbang (Lalat) Kekacang (Melannogromyza phaseoli) menyerang peringkat anak benih yang boleh menyebabkan kematian benih dikawal dengan racun deltamethrin, diaznon, dimethoate atau trochlorfon. Serangga Ulat Pengorek Buah/Lengai (Marucca festulis) merupakan ulat yang menyerang daun dan buah buncis akibatkan terbantut dan rosak dikawal dengan racun siatemik seperti indoxacarb, alphacypermethrin, lufenuron, deltamethrin atau acetamidprid. Ulat Pengorek Buah Kekacang (Euchrysops cnejus) memakan buah kacang buncis yang akibatkan berlubang2 pada buah dikawal dengan racun cypermathrin. Pastikan penggunaan racun yang betul seperti pada label.
Penyakit yang sering menyerang Kacang Buncis pula adalah seperti Penyakit Bintik Daun (Cercospora canescens) iaitu tanda2 bintik kecil perang pada daun dikawal dengan racun kulat seperti mancozeb, maneb atau carbendazim. Penyakit Karat (Uromyces appendices) menyebabkan bintik2 bulat berlarat pada daun yang boleh menyebabkan dun jadi kuning dan kering dikawal dengan racun maancozeb, copper hydroxide, propineb, maneb, mepronil atau terbaik gunakan varieti yang tahan karat. Penyakit Lecuh anak benih (Phytium spp) dikawal dengan racun kulat Capstan atau Hexaconazole. Penykit Antraknos (Collectotricum lindenmunthianum) menyerang buah dan daun dikawal dengan racun kulat yang sesuai.
Pokok kacang buncis berhasil 4-5 minggu lepas ditanam dan kerja menuai hasil dengan memetik menggunakan tangan setiap hari selepas masa PHI tamat. Buah yang matang berwarna hijau dan elakkan memetik lewat kerana buncis akan keras. Gredkan mengikut saiz dan kadar keseragaman. Anggaran hasil buncis di Tangkak Muar sebanyak 12-15 metrik tan sehektar dan memerlukan tenaga kerja sebanyak 120 mandays untuk memetik hasil. Harga jualan diladang antara RM 2.50 - RM 3,50 sekilogram dan kadang-kadang lebih tinggi lagi.
Kajian penulis untuk kebun Kacang Buncis di Kg Solok dan Kg Melayu Sagil Muar baru-baru ini mendapati purata hasil diantara 12 -15 mt sehektar. Pendapatan kasar sebanyak RM 42,000.00 sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak RM 22,390 sehektar memberikan pendapatan bersih sebanyak RM 19,209 sehektar iaitu agak lumayan berbanding dengan sayuran lain. Kerja menuai atau memetik hasil amat memenatkan dan menjemukan!. Kiraan penulis mendapati kos untuk sekilogram buncis di tangkak sebanyk RM 1.87 sekilogram dimana setiap satu ringgit dilaburkan memebrikan pulangan balik sebanyak RM 1.88.
Kacang Buncis sesuai dimasak sayuran tumis dengan bawang dan cili serta sedikit garam dan serbuk perasa. Ianya memberikan khasiat yang sangat baik kepada tubuh manusia kerana mengandungi 31 kcal kalori, Karbohiderat (7 g), Protin (1.8 g), Vitamin A (35 microgram - 4%) dan Vitamin C (16 mg - 27%) serta Kalsium (37 mg - 27%). Dinegara pengekspot kacang buncis atau Kidney Beans merupakan sumber utama untuk protin dan di komersialkan sebagai sumber knji, protin dan Serat (fiber) yang kaya dengan besi, solenium, molibedenum, pottassium, thiamine, asid folic dan Vitmin B6. tanaman kacang buncis di sekeliling rumah dalam program Bumi Hiju untuk menjamin kesegaran, kebersihan dan pasti ianya selamat!
KACANG BUNCIS ...NAMANYA PELIK....
MACAM BUNCIT...TETAPI BUKAN DIK...
HASIL LUMAYAN...TANAM TAK SERIK....
PENAT MEMETIK...HARGA TAK PERNAK TARIK...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar