Tandan pisang di Kebun En Philip di Melaka... Pembalut tandan?
Lawatan dan temubual saya dengan petani mendapati petani yang menanam pisang berangan perlu faham akan Pakej Teknologi Tanaman Pisang Berangan termasuk aspek pembelian benih tulin dan bermutu, pemasangan sistem pengairan pisang, pengurusan pembajaan dan pengurusan perosak serta penyakit serta perosak. Persijilan SALM akan dapat membantu meningkatkan kualiti hasil tanaman pisang berangan.
Kenapa tandan Pisang Perlu di Balut?
Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut selepas jantung pisang dipotong apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung Pisang berangan kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya akan pahit. Masukkan plastik pembalut untuk melindungi tandan pisang dari serangan perosak dan penyakit. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Burung, Tupai dan sebagainya.
Kenapa Balut dengan Plastik Warna Biru?
Saya memperhatikan kebanyakan petani menggunakan Plastik Nipis Berwarna Biru untuk membalut tandan pisang. Kenapa petani tidak menggunakan plastik berwarna HITAM atau Tanpa Warna atau Kain Terpakai atau Kertas SuratKhabar atau Plastik Bekas Baja atau Guni Buruk dan lain-lain bahan pembalut?..... En Philip yang menanam 15 ekar pisang Berangan di Pulau Gadong Melaka kata "Tak tau lah... saya tengok orang pakai... saya beli dan gunakan".. Tetapi En Lim dari Pekan Pauh, Perlis kata Plastik Biru memang sesuai untuk membalut pisang berangan di kebunnya kerana faktur yang berikut:
a. Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
b. Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
c. Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang
d. Plastik warna biru mudah dilihat dari jauh
e. Plastik warna biru senang dibeli dari kedai pertanian
Saya dapati telah menjadi amalan penanam pisang berangan membalut tandan pisang dengan plastik warna biru. Plastik tersebut digunakan secara meluas kerana tahan dan praktikal. Kadang-kadang petua pertanian mudah macam ini merupakan ikutan sahaja tanpa kajian teknikal dan kefahaman oleh para petani. Diharapkan pembaca boleh tambah maklumat atau komen atau alasan kenapa perlu balut tandan pisang berangan menggunakan plastik warna biru !
PISANG BERANGAN .... BUAH SETANDAN...
TANDAN DIBALUT .... GUNA PLASTIK BIRU....
CUKUP UMUR....TUAI JANGAN DILEWATKAN....
BUAH DIJUAL...DAPAT DUIT TERHARU...
Pisang (Musa spp) merupakan sejenis tanaman popular dikalangan petani di Malaysia. Terdapat lebih 10 jenis pisang yang popular di tanam di Malaysia seperti Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Mas, Pisang Lang, Pisang Rastali, Pisang Cavendish, Pisang Nangka, Pisang Awak, Pisang Embun dan Pisang Kapas. Kebanyakan penanaman pisang Berangan di tanam secara komersial dengan mengggunakan benih "tissue culture" daripada pembekal yang sah. Harga benih pisang berangan tisu kultur diantara RM 1.20 -.RM 1.50 sepokok. Daripada lawatan saya ke beberapa negeri minggu ini (Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah) mendapati amalan membalut buah berangan adalah penting.
Kenapa tandan pisang berangan perlu diuruskan dengan sempurna?
Kenapa tandan pisang berangan perlu diuruskan dengan sempurna?
Lawatan dan temubual saya dengan petani mendapati petani yang menanam pisang berangan perlu faham akan Pakej Teknologi Tanaman Pisang Berangan termasuk aspek pembelian benih tulin dan bermutu, pemasangan sistem pengairan pisang, pengurusan pembajaan dan pengurusan perosak serta penyakit serta perosak. Persijilan SALM akan dapat membantu meningkatkan kualiti hasil tanaman pisang berangan.
Kenapa tandan Pisang Perlu di Balut?
Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut selepas jantung pisang dipotong apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung Pisang berangan kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya akan pahit. Masukkan plastik pembalut untuk melindungi tandan pisang dari serangan perosak dan penyakit. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Burung, Tupai dan sebagainya.
Kenapa Balut dengan Plastik Warna Biru?
Saya memperhatikan kebanyakan petani menggunakan Plastik Nipis Berwarna Biru untuk membalut tandan pisang. Kenapa petani tidak menggunakan plastik berwarna HITAM atau Tanpa Warna atau Kain Terpakai atau Kertas SuratKhabar atau Plastik Bekas Baja atau Guni Buruk dan lain-lain bahan pembalut?..... En Philip yang menanam 15 ekar pisang Berangan di Pulau Gadong Melaka kata "Tak tau lah... saya tengok orang pakai... saya beli dan gunakan".. Tetapi En Lim dari Pekan Pauh, Perlis kata Plastik Biru memang sesuai untuk membalut pisang berangan di kebunnya kerana faktur yang berikut:
a. Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
b. Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
c. Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang
d. Plastik warna biru mudah dilihat dari jauh
e. Plastik warna biru senang dibeli dari kedai pertanian
Saya dapati telah menjadi amalan penanam pisang berangan membalut tandan pisang dengan plastik warna biru. Plastik tersebut digunakan secara meluas kerana tahan dan praktikal. Kadang-kadang petua pertanian mudah macam ini merupakan ikutan sahaja tanpa kajian teknikal dan kefahaman oleh para petani. Diharapkan pembaca boleh tambah maklumat atau komen atau alasan kenapa perlu balut tandan pisang berangan menggunakan plastik warna biru !
PISANG BERANGAN .... BUAH SETANDAN...
TANDAN DIBALUT .... GUNA PLASTIK BIRU....
CUKUP UMUR....TUAI JANGAN DILEWATKAN....
BUAH DIJUAL...DAPAT DUIT TERHARU...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar