Sabtu, 10 September 2011

BIOTEKNOLOGI

Tanaman menggunakan benih transgenik memberikan hasil lebih tinggi.
APA ITU BIOTEKNOLOGI?

Bioteknologi dimaksudkan dengan aplikasi teknologi untuk memperbaiki sesuatu organisma. Lebih tepat Bioteknologi adalah teknologi bagi mengubahsuai fungsi biologikal sesuatu organisma dengan menambahkan 'GENES' dari suatu organisma yang lain bagi tujuan kebaikan. Era ICT pada masa ini akan digantikan dengan Era Bioteknologi. Negera2 maju membangunkan teknologi Bioteknologi dalam bidang Pertanian, Tumbuhan, Kesihatan, Perubatan, Pembiakbakaan dan sebagainya.

Berikut adalah bidang2 sains yang diliputi dalam Bioteknologi:
a. Recombinant DNA/rDNA
b. Tisu Kultur tumbuhan
c. 'Gene splicing'
d. Sistem enzim
e. Pembiak baik tumbuhan
f. Kultur meristem
g. Kultur sel mamalian
h. Imunologi
i. Biomolekular
j. Fermentasi

Secara umum, Teknik Bioteknologi tumbuhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu Teknik Manipulasi Gene dan Teknik Memasukkan Gene. Kedua-dua kaedah ini digunakan dalam tumbuhan dengan menggunakan kaedah Agrobacterium dan Gene Gun. Pemilihan gene yang baik suatu tumbuhan yang dikehendakki di masukkann dalam sel gene yang dikehendakki. Antara ciri2 baik yang dikehendakki seperti ciri penghasilan yang tinggi, rintang terhadap penyakit, tahan kepada rumpai, tahan kepada kesidan tanah serta kualiti atau mutu baik. Kajian teliti dan bersistem perlu dijalankan bagi mmendapatkan baka tumbuhan yang baik dan bernilai. Faktur Keselamatan Makanan (Food Safety) merupakan satu aspek utama dalam pembangunan Bioteknologi.

Di Malaysia, Bioteknologi dalam bidang pertanian boleh dikatakan agak baik jika dibandingkan dengan negara-negara maju walau masih banyak yang perlu dibangunkan. Banyak kejayaan dicapai dalam bidang pembiakbaka tumbuhan, kawalan penyakit tanaman, peningkatan kualiti bahan tanaman dan sebagainya. Bidang Tanaman Kelapa Sawit (Elaies guinensis) antara komoditi yang banyak dibangunkan menggunakan Konsep Bioteknologi. Benih tanaman transgenik telah dihasilkan oleh badan2 penyelidikan di Malaysia. Selain kelapa sawit, tanaman lain yang telah berjaya dimajukan dengan transgenik adalah Padi (Oryza sativa) , Getah (Hevea braziliensis), Orkid dan Betik (Carica papaya). Malaysia juga adalah proaktif dalam isu biokeselamatan GMAC, National Guidelines dan Biosafety Bill.
Rakyat Malaysia perlu lebih maju dalam Bidang Bioteknologi dengan memberikan lebih banyak pemahaman dan pendidikan pada masa akan datamg.

BIOTEKNOLOGI ADALAH ....... ERA AKAN DATANG...
BIOTEKNOLOGI .... UNTUK KESIHATAN,
BIOTEKNOLOGI ..... UNTUK KECUKUPAN MAKANAN....
BIOTEKNOLOGI ..... UNTUK KESELAMATAN MAKANAN...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar