Sabtu, 10 September 2011

CINCHONA (Quinine tree)

CINCHONA (Cinchona pubesens) atau Quinine tree atau Quina merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rubiaceae yang di ketahui oleh dunia perubatan sebagai tumbuhan yang dapat menyembuhkan penyakit Malaria. Tumbuhan ini mempunyai 38 spesis dan ianya dipercayai berasal daripada Amerika Selatan. Bagaimana pun saya percaya tumbuhan ini boleh di tanam dan hidup subur di Malaysia kerana ianya memang sesuai di sini. Tumbuhan ini di sebarkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda dan dilaporkan kini banyak di tanam di Sri Lanka dan Indonesia. Nama Cinchon berasal dari Countess of Chinchon dari negara Sepanyol yang telah sembuh dari penyakit Malaria setelah menggunakan kulit kayu tersebut pada kurun ke 17 dana nama ini kekal digunakan sehingga sekarang. Artikel kali ini saya mengupas maklumat mengenai Pokok Quinine atau Pokok Cinchona berdasarkan kepada pembacaan daripada buku " An introduction of the botany of tropical crops" karangan L.S. Cobley terbitan Longman pada tahun 1975 dan rujukan saya dalam laman sesawang dan pemerhatian persendirian.

Pokok Chinchona atau Pokok Quinine ini tumbuh liar secara semulajadi di kawasan hutan di pergunungan tropika Amerika Selatan dan khususnya di Peru. Kini tanaman cinchona ini ditanam dibeberapa negara di Asia khususnya di Sri Lanka dan Indonesia (khususnya Pulau Jawa) dan di benua Afrika dengan anggaran keluasan sekitar 2,500 hektar CHE. Pokok ini dipanggil juga sebagai Chinchona, Chinchona Bark, Peruvian Bark dan Quinine Bark. Tumbuhan ini adalah berbentuk pokok yang menegak dengan ketinggian kira-kira 5-25 meter bergantung kepada spesis dan kesuburan tanah. Daunnya berwarna hijau dengan cara susunan bertentangan (opposite) berbentuk 'lancolate' bulat dengan ukuran 10-40 cm panjang. Bunganya berwarna putih , pink atau ungu yang terbit di bahagian pucuk panicle yang lazimnya berbebtuk memanjang. Kadang-kadang bunganya diseliputi rambut-rambut yang menyebabkan bentuk bunga agak kurang jelas. Buah Cinchona terbentuk dalam kapsul yang mengandungi banyak biji.

Pada asalnya tumbuhan ini tumbuh liar di hutan dan apabila mempunyai nilai perubatan ianya telah di tanam secara komersial dibeberapa negara. Penanaman cinchona boleh juga menggunakan biji benih yang matang dan di semai dahulu sehingga beberapa tahun sebelum di tanam di ladang. Pengambilan kulit pokok cinchona secara tidak terkawal pada masa dulu banyak menyebabkan pokok tersebut musnah. Penanaman di Afrika dan Indonesia menentukan tumbuhan ini boleh di tanam untuk tujuan komersial bagi pengeluaran kulit cinchona dunia terus mencukupi. Kini penanaman menggunakan bahan benih dari Cantuman lebih cepat dan efektif dari pokok induk yang berumur 6 tahun dengan menggunakan 'root stock' spesis Cinchona succirubra. Benih cantuman di semai selama 1-2 tahun dalam nurseri dan sebelum di tanam di ladang dengan kepadatan 6,000 - 7,000 pokok sehektar. Terdapat perbezaan pertumbuhan pokok di antara menggunakan bahan tanaman cantuman dengan biji benih di mana pertumbuhan dengan biji benih tidak seragam dan banyak variasi. Pokok cinchona mudah tumbuh jika dijaga dengan baik.

Kajian saintis menunjukkan pokok cinchona boleh mula di tuai pada umur 4-6 tahun selepas ditanam bergantung kepada spesis dan cara pengurusan tanaman. Kaedah menuai dibuat dengan melakukan penjarangan dan iaitu mencabut pokok tersebut sehingga berumur 10-12 tahun dimana semua pokok akan di tuai. Kaedah ini berbeza mengikut spesis dan negara iaitu jika pokok jenis besar cuma di kopek kulitnya sahaja. Kaedah menuai adalah dengan mencabut semua pokok bukan dengan menotong atau mencantas kerana kandungan alkoloids dalam bahagian kulit bawah dan dalam akar adalah lebih banyak daripada bahagian dahan atas dan pucok. Selepas di cabut maka kulit bahgian akar dan batang di kopek dan kemudian di keringkan dibawah panas matahari atau oven pengering dengan suhu terkawal. Kulit yang telah dikeringkan akan di gredkan dan disimpan sebelum dijual sebagai bahan untuk menghasilkan quinine. Kini bentuk serbuk menjdi pilihn pembeli produk quinine kerana lebih mudah dan senang untuk digunakan.

Kulit tumbuhan Chinchona ini mengandungi bahan alkoloids yang aktif di panggil sebagai Quinine dibuktikan ianya mampu menghalang protozoa kuman malaria serta bahan lain seperti quinidine dan antirrhythmic compound. Kuman malaria dikaitkan dengan nyamuk sebagai agen penyebar kuman tersebut (lihat Foto). Kandungan alkoloids dalam kulit pokok cinchona ini memberikan rasa yang sangat pahit apabila ianya direndam dalam air atau di buat serbuk dan di minum kepada pesakit yang mendapat jangkitan malaria. Kesan daripada menggunakan tumbuhan ini adalah suhu badan akan menurun dan kuman malaria akan berkurangan seterusnya pesakit akan sembuh. Kini penyakit malaria bukan lagi menjadi ketakutan kepada manusia dengan kaedah perubatan moden dan kurangnya manusia tinggal di kawasan potensi nyamuk.

Dari segi perubatan menunjukkan kegunaan quinine sangat banyak iaitu dapat menyembuhkan malaria, membunuh parasit merbahaya, menurunkan suhu badan, memberikan kestabilan pergerakan jantung (heartbeat), menenangkan sistem saraf, memudahkan sistem penghadaman, membunuh kuman / Kulat/ bakteria, mengurangkan lendir dan menghilangkan sakit kepala. Bagi kawalan demam malaria lazimnya satu cawan air suam di campur dengan 1 susu teh serbuk quinone dan di minum 3 kali sehari atau rendak kulit cinchona selama 2 jam dalam air suam sebelum di minum. InsyaAlah penyakit malaria dan faedah-faedah perubatan yang saya sebut diatas akan di perolehi.

Artikel ini diharap memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Penanaman pokok Chinchona di Malaysia boleh di jalankan untuk pokok hiasan (Ornamental) di kawasan Taman-taman , tanaman Tepi jalan dan lebuhraya disamping kita akan dapat menghasilkan kulit bagi tujuan komesial. Kajian lanjut oleh pihak berwajib mengenai tumbuhan ini mungkin boleh dijalankan dari aspek ekonomi, spesis, teknologi penanaman, bahan tanaman dan pemasaran pada masa akan datang.

POKOK CINCHONA...QUININE DI HASILKAN....
BAHAGIAN KULIT....DIKUPAS DAN DIKERINGKAN...
DEMAM MALARIA...DAPAT DISEMBUHKAN....
DAPAT ILMU...TERIMAKASEH DI UCAPKAN..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar