Apakah itu Baja Tahi Ayam?
Baja tahi ayam atau tinja ayam adalah pilihan Baja Terbaik, Termurah dan disyorkan kepada petani.
Ayam merupakan satu industri ternakan yang menghasilkan Daging, Telur dan Tahi/Tinja . Daging ayam digunakan sebagai bahan utama sumber protein di Malaysia dimana semua kaum memakannya begitu juga telur ayam. Pengeluaran secara komersil oleh penternak ayam daging dan ayam telur juga menghasilkan Tahi Ayam atau Tinja Ayam. Tahi Ayam menghasilkan bau yang kurang enak dan mengundang lalat untuk membiak jika tidak dirawat dengan betul. Syarikat ayam multinational seperti Sin Mah, Leong Hup, PPNJ dan sebagainya mengeluarkan berjuta tan tahi ayam dan hampir kesemuanya di gunakan sebagai Baja Organik (Chicken manure) untuk tanam-tanaman. Tahi ayam sangat popular dikalangan penanam sayur komersil terutama untuk sayuran daun dan sayuran buah selain daripada untuk kebanyakkan tanaman buah-buahan (Betik, Pisang, Kelapa sawit dan lain2).
.
Tahi ayam di kumpulkan oleh penternak Ayam Daging daripada mula secara berperingkat2. Lazimnya tahi ayam akan digaul dengan abuk papan dan menjalani proses pereputan untuk dijadikaan baja. Warna baja ini bergantung kepada abuk papan yang digunakan. Jika abuk papan baru maka warnanya cerah dan jika abuk papan lama warnanya gelap. Tahi Ayam kaya dengan kandungan NITROGEN (N) dan Posforan (P) dan Kalsium (K). Baja ini merupakan baja jenis "SLOW RELEASE" iaitu tahap pengambilan nutrient lambat dalam tanah. Sifat struktur baja ini bersifat menggemburkan tanah, memberikan kelembaban tanah, mengekalkan kesuburan tanah, memperbaiki pH tanah,memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya.
Kajian penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun mendapati Tahi Ayam Daging lebih baik daripada Tahi Ayam Telur. Ini berdasarkan kepada kesan baja tersebut kepada pertumbuhan tanaman. Harga Tahi Ayam tidak diproses cuma RM 300 /metrik tan beberapa tahun dulu kini telah meningkat kepada lebih RM 500 /mt dan terus meningkat. Pada awal 1990'an satu beg baja tahi ayam segar cuma RM 1.50 - RM 2.00/20 kg tetapi kini telah dijual dengan harga RM 5.00 - RM 6.00/20 kg/beg. Penggunaan tahi ayam segar (Belum diproses) banyak dari kawasan penanaman sayuran utama seperti di Cameroon Highland, Daerah Johor Bahru, Sengkang (Muar), Kota Tinggi, Sungkai (Perak) dan Kundasang (Sabah).Mereka membeli menggunakan lori treller dan dihantar terus kekebun-kebun sayur dan pusat pengedaran. Tanpa baja tahi ayam maka penghasilan kawasan ini sangat terjejas.
Penggunaan baja tahi ayam perlu di buat dengan cara yang betul. Kaedah pertama ialah dengan menggaulkan baja tahi ayam kedalam tanah semasa penyediaan kawasan dengan cangkul atau trektor (Rotovator). Ia dijalankan 7-14 hari sebelum penanaman bersama bahan lain seperti Kapur (GML) dan sebagainya. Baja tersebut dirotor dalam tanah atau atas batas dengan rata. Kaedah kedua ialah dengan membubuh baja tahi ayam semasa tanaman pada peringkat awal dan peringkat dewasa. Kadar pembajaan bergantung kepada jenis tanaman dan jenis tanah.
Tanaman cepat matang seperti sayuran daun boleh gunakan tahi ayam yang di bancuh dalam air dan terus di siram (Cara Tradisional). Tanaman sayur buah pula baja di bubuh di antara barisan tanaman atau di antara pangkal pokok. Tanah yang kurang subur seperti Tanah Bris(Tanah Pasir), Tanah Liat (Lempung) dan Tanah Gambut (Peat) perlukan baja tahi ayam dengan kadar yang lebih berbanding dengan mineral biasa.
Kini Teknologi penggunaan baja tahi ayam telah maju. Kebanyakkan penternak ayam telah berkerjasama dengan beberapa syarikat untuk memproses tahu atanm dengan mengeluarkan "BAJA TAHI AYAM PROSES". Tahi ayam diproses dengan mengeringkannya dan diperkayakan dengan Baja NPK serta bahan Mikroorganisma Berfaedah (Effective microrganism). Baja ini di bungkus dalam bentuk Debu, Palet, Serbuk dan sebagainya menggunakan teknologi moden dan kualiti yang memuaskan pelanggan dan petani.
Harga ditawarkan pembekal berbeza-beza bergantung kepada ciri-ciri yang ada. Paling murah harga Tahi Ayam Proses di Muar sekitar RM 20.00/20 kg (beg) sehingga ada yang capai lebih RM 50.00/20kg (beg). Kelebihan baja tahi ayam proses ialah kesan yang cepat terhadap tanaman, Kurang Bau, Mengandungi baja tambahan NPK yang seimbang, Mudah untuk di simpan dalam setor, mudah untuk pengangkutan, Bungkusan Menarik, Mempunyai maklumat di label dan mudah difahami.
Jika di tanya mana yang hendak dipilih antara baja tahi ayam biasa dengan baja tahi ayam proses maka banyak pertimbangan perlu dikaji oleh petani. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Bagi penanam sayur komersial di Cameroon Highland, Sekitar Johor Bahru dan Sengkang (Muar) mereka masih memilih tahi ayam biasa (Bukan Tahi Ayam Proses) kerana faktor kos, faktor senang guna dan keberkesanannya. Pernah satu ketika berlaku "PERANG BESAR" antara pengusaha baja proses dengan Persatuan Penanam2 Sayur kerana perebutan bahan tahi ayam yang tidak mencukupi dari penternak ayam. Kebanyakan syarikat kini mengikat perjanjian untuk mempastikan bekalan mencukupi.Baja Tahi ayam merupakan nadi kepada kesuburan tanah untuk pengeluaran bahan makanan negara. Walau pun sering timbul isu "Kebanjiran Lalat" akibat penggunaan baja tahi ayam di kebun sayur dan Betik di Muar sehingga di bawa kepada akhbar... Jabatan Pertanian akan terus memberikan nasihat bagaimana untuk menggunakan baja tahi ayam dengan betul.
BAJA TAHI AYAM.....TANAM MACAM-MACAM...
TAHI AYAM PROSES....PROJEK AKAN SUKSES...
TANAH DISUBUR....PETANI BERSYUKUR...
GUNAKANLAH....BAJA TAHI AYAM....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar