Sabtu, 10 September 2011

BENIH SAYURAN (Part 4)


BENIH TANAMAN merukapan asas kepada penanaman sayuran dan tanaman bahan makanan yang lain. Benih diperolehi daripada pembekal bertauliah di kedai atau pun penyediaan benih sendiri oleh petani yang mahir dalam menyediakan benih. Terdapat benih berkualiti masa kini yang di sediakan dengan sistematik secara 'Hibrid' yang kebanyakanya di impot dari luar negara. Benih jenis ini lazimnya berharga agak tinggi tetapi jaminan kualiti dan varieti yang menepati kehendak pasaran. Benih tanaman seperti tomato, timun, kacang panjang , sawi, bayam serta kebanyakan sayuran daun dihasilkan di luar negara. Saya ada membuat analisa mengenai kos pengeluaran benih tanaman di Malaysia dan mendapati untuk mengeluarkan benih sayuran terutamanya sayuran daun lebih tinggi berbanding dengan kos pengeluaran di negara seperti China, Myanmar, Indonesia dan sebagainha. Artikel ini saya akan bincang beberapa verieti benih sayuran dan tanaman makanan yang diedarkan untuk pasaran tempatan.


1. TOMATO
Benih tomato syarikat Greeen Eagle Sdn Bhd ada dua jenis iaitu Tomato 102 dan Tomato 103. Benih TOMATO MUTIARA F1 HIBRID / F1 HYBRID PEARL TOMATO (102) mempunyai buah berwarna merah terang yang berbentuk bulat serta warna dan bentuk seragam. Rasa buah ini sedap, pokok yang tahan cuaca panas dan rintang erangan penyakit. Kutipan Hasil dijalankan 98 hari selepas menyemai dan memberikan hasil tinggi. Penanaman terus perlukan 1 kg/ha biji benih sementara penyemaian di atas tapak semaian atau dulang semaian peru cuma 200 gram/ha sehaja. Setiap 1 gram benih tomato mengandungi 240-400 biji.


Benih TOMATO CERI RUBY HIBRID F1 / F1 RUBY RED CHERRY TOMATO (103) adalah sejenis 'tomato cherry' yang dijual bercirikan buah bersaiz 4.5 cm x 3 cm berbentuk bujur dan berat lingkungan 20 gram sebiji. Tomato ini sering di tanam menggunakan sistem fertigasi dengan dimana rasa buah agak manis dan warna serta bentuk agak seragam. Kutipan hasil hanya 45 hari lepas disemai dengan tahap hasil tinggi. Kadar keperluan benih 200 gram/ha menggunakan semaian (Tray atau nurseri) dan sebanyak 1 kg/ha jika di tanam terus diladang. Kadar setiap 1 gram mengandungi 280-300 biji benih.


2. SPINACH

Benih SPINACH CAMEROON CROSS F1 HIBRID/ F1 HYBRID SPINACH CAMEROON CROSS (809) adalah sejenis spincah yng sesuai untuk kawasan tanah tinggi. Varieti ini menghasilkan daun berwarna hijau tua, agak berminyak dan menarik. Kutipan hasil 50-60 hari lepas di semai dengan hasil yang tinggi dan tahan kepada serangan penyakit serta sesuai pada cuaca panas. Kadar keperluan benih sebanyak 10-20 kg sehektar dimana setiap gram mempunyai 100 biji benih.


3. LEMBAYUNG

Benih Lembayung atau Tembayung ada 2 jenis iaitu TEMBAYUNG MERAH / RED CEYLON SPINACH (808) ini akan menghasilkan daun berwarna hijau berminyak dengan batang berwarna merah yang tumbuh menegak. Daun dan batang bertekstur halus licin dan khasiat tingi. Kutipan hasil lingkungn 30-35 hari selepas menyemai dan boleh di tuai terus mencabut sekali atau beberapa kali dipotong tangkai daun. Jenis ini sesuai dengan cuaca panas dan hasil yang tinggi. Keperluan benih sebanyak 10-15 kg sehektar dengans etiap 1 gram mengandungi 50-55 biji benih.


Benih TEMBAYUNG HIJAU / GREEN CEYLON SPINACH (807) daun dan batang berwarna hijau dan tumbuh secara menjalar atau menegak. Daun dan batangnya bertekstur halus licin dan merupakan sayur yang berkhasiat tinggi. Kutipan hasil 30 - 35 hari dimana hasilnya adalah tinggi. Boleh dituai berulang kali dengan memotong bahagian yang sesuai dan biarkan menjalar. Keperluan benih sebanyak 10-15 kg/ha dimana kadar 1 gram ada 50-55 biji benih.

Nombor yang diberikan oleh syarikat pengedar dan penjual benih sayuran dan buah-buahan tembikai , melon dan sebagainya adalah untuk memudahkan penjual dan petani membeli benih. Kod ini akan memudahkan petani mengingati berbanding dengan nama panjang gelaran seperti bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Nombor ini juga dirujuk untuk mempastikan iri-ciri benih sebenar. Beberapa syarikat akan menggunakan kod nombor yang berbeza mengikut strategi pemasaran. Pengedar benih seperti Green Eagle. LecKat, Green World Genetic, Utara Seeds, dans ebagainya merujuk sistem kod nombor yang berlainan walau kemungkinan benih adalah dari varieti yang agak sama. Industri benih tanaman makan negara perlu dilikat untuk mengurangkan kebergantungan benih impot untuk keselamatan bekalan makanan negara.

MEMBELI BENIH...PILIH YANG BERKUALITI...
BERCAMBAHAN TINGGI...KURANG YANG MATI...
HASIL LUMAYAN..PETANI SENANG HATI...
INDUSTRI BENIH...PERLU DI PERBAIKI...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar