Sabtu, 10 September 2011

Jambu Air Merah

Buah jambu air merah yang sedia untuk dituai di kebun En Liow.

Jambu Air (Euginia aquea) terdapat beberapa klon popular iaitu Klon E3 (Jambu Air Madu Merah - Foto diatas ) dan Klon E2 (Jambu Air Madu Hijau). Keluasan tanaman jambu air di Malaysia belum ada catitan rasmi tetapi anggaran penulis lingkungan 150-170 hektar pada tahun 2010. Kawasan utama penanaman jambu air seperti di Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Pahang. Jambu Air Merah ditanam untuk kegunaan makan segar dan merupakan satu industri buah-buahan yang baru di Malaysia.


Penulis baru sahaja melawat kebun Jambu Air Merah yang komersial di Kg Relau, Asahan, Jasin, Melaka serta dapat mempelajari beberapa ilmu pengurusan Jambu Air Merah oleh Usahawan Encik Liow (Foto sebelah). Kebun seluas 8.5 ekar ditanam dengan Jambu Air Merah, Kedondong, Cili Padi Fertigasi dn juga sedikit Nangka. Tanaman utama iaitu Jambu Air Merah jenis Taiwan yang merupakan varieti Baru (Belum ada nama khas dan belum daftar). Cili-ciri utama jambu beliau ialah kadar keguguran bunga yang sangat rendah, penghasilan yang tinggi, Bentuk buah yang seragam, Tiada Biji, Kepadatan isi (Hampir tiada rongga ditengah buah), Rangup, Kemanisan 10-14 Darjah Brix, Buah yang menarik warnanya, pokok buah boleh direndahkan dan tangkai jambu air yang kuat. Ciri-ciri ini menyebabkan beliau akan memperbesarkan projek tanaman jambu air. Beliau nyatakan perlukan tenaga keja tambahan untuk kerja-kerja membalut buah kerana bilangan 4 orang masakini tidak mencukupi.

Jarak tanaman di kebun ini ialah 40 kaki x 40 kaki dengan kepadatan 65 pokok seekar. Pokok di kebun beliau kini yang telah berumur 5 tahun tumbuh subur dan sangat bersih. Daun yang luruh dan dahan yang dicantas dikutip setiap masa. Cantasan pembentukkan peringkat awal dijalankan agar pokok pada ketinggian terkawal. Benih Jambu air ini diperolehi dari kerja-kerja biakbaka yang En Liow jalankan di Muar dan pokoknya yang banyak ditanam di Jasin. Penjagaan kebun sangat baik dan beliau sedang membuat kajian untuk buat cantasan pucuk atau 'Topping' bagi merendahkan lagi pokok untuk memudhkan pengurusan kebun terutma membalut buah (40% kerja ladang untuk balut buah).

Setiap pokok di pasang dengan sistem pengairan mikro-sprrinkler sebanyak 2 unit berhampiran perdu pokok (2-3 kaki dari pangkal pokok dengan penyiraman setiap hari jika tidak hujan). Pam air membekalkan air pada setiap pokok dari kolam disediakan. Baja Organik iaitu tahi ayam proses di tabur keliling pokok di hujung kanopi daun dan baja impot Yara Miles juga digunakan. Kawalan rumpai dijalankan dengan mesin rumput dan tidak menggunakan racun rumpai. Dahan dan daun di potong dan dikutip dan dikumpulkan disatu lokasi untuk dibakar. En Liow sedang dalam proses hendak proses dahan dan daun untuk dijadikan baja kompos.


Pokok jambu Air Taiwan ini berbuah sepanjang tahun dengan agak melawas pada musim hujan. Buah yang banyak pada satu tangkai di buat penjarangan ditinggalkan 2-3 biji sahaja satu tangkai dan di bungkus dengan plastik warna biru (Buah boleh dilihat) dan di sepit dengan penyepit baju. Plastik pembungkus boleh diguna sehingga 3 pusingan tetapi perlu dibasuh setiap kali digunakan.

Pokok Jambu Air yang subur dan dijaga baik ikut Amalan Pertanian Baik.

En Liow nyatakan setiap pokok mampu mengeluarkan 50-60 biji buah sepokok dengan kekerapan sebanyak 4 -5 kali setahun. Jangkamasa pokok berbunga hingga buah dituai selama 60 hari dan jangkamasa membalut sehingga menuai selama 30 hari sahaja. Purata hasil sepokok sebanyak 200-300 biji setahun (setelah dibuat penjarangan untuk dapatkan buah sama saiz dan seragam). Buah yang dikutip dikumpulkan dan digredkan (70-80% punyai warna dan bentuk seragam). Buah digredkan dengan 3 gred iaitu Gred AAA (Dijual dengan harga RM 5.00/kg) , Gred AA (harga RM4.50 /kg) dan Gred A (Harga RM 4.00/kg). Stigma buah (Urat bahagian tengah buah) dibuang dan buah dibersihkan dengan mengelap gunakan kain. Buah disusun dalam bakul plastik sebanyak 3 lapisan yang dialaskan dengan kertas surat khabar lama. Anggaran purata berat buah lingkungan 5-6 biji sekilogram (Lingkungan 200-300 gram sebiji).


Buah Jambu Air Merah En Liow dijual kebanyakkannya di kawasan R&R Lebuhraya PLUS di Pagoh, Air Keroh, Machap (Hampir 70%-80% dan hanya sebahagian kecil dijual di gerai-gerai buah dan Supermarket). Harga runcit buah jambu air ini ialah RM 10.00 sekilogram. Jambu air ini sangat berbeza dengan jambu air yang di jual di R&R Tapah (Kebanyakkannya diimpot dari Thailand) dari segi bentuk, warna dan saiz. Kebun jambu En Liow merupakan satu kebun yang sangat berjaya memajukan tanaman ini dn beliau sedang mencuba biakbaka jambu air GIant atau besaar (0.5 kg sebiji). En Liow menunjukkan contoh buah tersebut dalam komputer beliau (Buah tersebut telah di tanam di Taiwan).

Selain Jambu Air Merah , tanaman cili api kampong varieti Cili Api CENTIL ditanam sebanyak 10,000 pokok dalam polibeg secara fertigasi. Tanaman cili di pasang dengan bumbung dan menggunakan media cocoa peat serta baja fertigasi. Cili api dijul dengan harga RM 8.00 - RM 10.00 sekilogram. Upah untuk memetik cili sebanyak RM1.00 - RM 1.50 sekilogram. Tanaman kedondong pula ditanam untuk pasaran segar dan juga diproses untu jeruk serta jualan segar.

Penanaman Jambu air oleh En Liow perlu di majukan dikawasan lain bagi mempastikan bekalan buah-buahan segar seperti jambu air ini. Buah jambu air merah ini tahan 2 hari selepas di tuai dan 6-7 hari jika disimpan dalam peti sejuk. Kepada petani-petani yang berminat dengan penanaman Jambu Air Merah ini boleh meninjau bagaimana Amalan Pertanian Baik dilaksanakan di kebun ini.


TANAM JAMBU...JAMBU AIR MERAH...
BUAH BESAR...HARGA PUN TAK MURAH...
KUALITI DIJAGA...PASARAN PASTI SUDAH...
KG RELAU JASIN...LOKASI DAH DIREDAH...

2 komentar:

  1. HI,

    Masih ada contact Encik Liow?

    BalasHapus
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasHapus