Sabtu, 10 September 2011

Tanaman Asam Gelugor


Pokok Asam Gelugor (Garcinia atroviridis Griff) atau Asam Keping dari keluarga Gittriferae merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari Malaysia. Pokok ini disebarkan kenegara2 jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak dicatitkan oleh Jabatan Pertanian kerana kebanyakkannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain.
Negeri-negeri utara semenanjung didapati mempunyai jumlah pokok lebih banyak seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman asam gelugor di Malaysia tetapi dianggarkan sekitar 15-30 hektar. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman asam gelugor berdasarkan pengalaman penulis selama 25 tahun dalam bidang pertanian.
Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya kayu keras dan mempunyai dan daun berwarna hijau gelap. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan (Gambar sebelah kanan) berada dihujung dahan. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan oren kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza2 iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyak 12-16 ketak.
Pakej Teknologi tanaman Asam Gelugor belum ada secara saintifik. Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah atau bercampur dengan buah-buahan lain diladang menerima baja yang diberi untuk buah-buahan. Kebanyak pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan tidak menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan Penyakit tanaman ini belum di buat kajian secara saintifik. Kesan kemarau dan hujan berlebihan kadang2 menyebabkan kejadian buah gugur.


Buah Asam Gelugor (Gambar sebelah kiri) yang matang dituai dengan menggunakan galah buloh atau aluminium yang mempunyai pisau dan kantung. Ada juga yang memanjat pokok untuk kerja-kerja penuaian. Buah yang di kutip di kumpulkan dan dibersihkan. Untuk dijadikan asam keping , buah asam gelugor di hiris halus antara 3-8 mm ketebalan dengan pisau tajam. Hirisan akan disusn untuk dikeringkan menggunakan cahaya matahari atau mesin pengering. Jika dijemur perlu antara 7-12 hari sebelum dijual. Kajian penulis di Gemenceh Negeri Sembilan mendapati asam gelugor (Dipanggil asam keping) dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 setiap 100 gram (Fresh).
Asam Gelugor yang dijual dengan nama ASAM KEPING (Foto sebelah) digunakan untuk bahan masakan bagi menambahkan rasa kemasaman dalam masakan seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan Asid Hydroycitric boleh menggantikan Asam Jawa (Tamarind). Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugor untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.

ASAM JAWA...ASAM GELUGOR....
BILA KERING ...BERNAMA ASAM KEPING.....
SENANG DITANAM... POKOK SUBOR.....
BADAN YANG GEMOK...BOLEH KURUS KERING...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar