Belalang Kunyit (Valanga nigriconis) merupakan sejenis serangga dari Order Anthropod yang terdapat di negara kita dan merupakan serangga perosak. Belalang kunyit berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dengan titik-titik hitam pada bahagian badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Mata belalang kunyit adalah bersaiz besar dan jenis mata kompound. Belalang kunyit juga bersaiz sehingga 8-15 cm panjang bergantung kepada umur dan lokaliti.
Penulis suka tangkap belalang kunyit ketika kecil dulu menggunakan teknik khas yang dicipta oleh kami untuk menangkap belalang kunyit menggunakan jerat sabut kelapa. Benang sabut kelapa dibuat jerat yang diikat pada kayu lurus atau kayu buluh yang panjang kira-kira 1 meter. Sewaktu pagi sebelum cuaca panas, belalang kunyit tidak begitu aktif dan kami akan pergi kepokok ubikayu (Pokok yang paling mudah nak carri lokasi belalang kunyit) atau anak pokok getah muda atau pokok pisang. Buka jerat dan letakkan dihadapan belalang kunyit yang pasif, biasanya belalang kunyit akan bergerak dan cuba melompat maka jerat akan terkena!
Hasil tangkapan belalang kunyit akan di kumpulkan dan masukkan dalam plastik kemudian ikat sehingga belalang mati. Belalang kunyit kemudian di goreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam (FOTO SEBELAH) . Ada yang suka makan bila diggoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protin dan rasanya memang sedap.... itu kira-kira 40 tahun dulu di kampong saya di Muar, Johor!
Tidak banyak maklumat kajian tentang species belalang kunyit dan kitaran hidupnya atau pun khasiat makanan serta perubatan yang diketahui. Apa yang saya belajar semasa di universiti tahun 1980 dulu menyatakan belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki ( 6 semuanya) iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman kita seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal daya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa dimana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain.
Serangan belalang kunyit banyak terjadi pada musim panas dan kemarau dimana serangga ini aktif dan cepat membiak. Kawalan seranggan boleh dibuat dengan cara manual (Tangkap dan goreng seperti saya buat dulu) atau cara semburan kimia dengan racun serangga (Dulu guna Malathion atau Decis). Kajian mengenai belalang ini oleh para saintis tempatan perlu dibuat untuk mempastikan belalang ini tidak mengancam tanaman sehingga menjadi ancaman seperti yang berlaku di Australia dan Benua Afrika (Musnahkan beribu-ribu ekar tanaman dalam masa singkat). Maklumat mengenai kajian saintifik belalang kunyit juga tidak banyak. Oleh itu sesiapa yang ada maklumat saintifik belalang kunyit kita boleh share.. Inilah artikel belalang kunyit saya.
BELALANG KUNYIT ...WARNANYA CANTIK....
BERCORAK-CORAK...MACAM BAJU BATIK....
DULU SAYA MAKAN...KINI JADI CERDIK...
BUKAN APA-APA....NAK BERITAHU KAT ADIK-ADIK...
BUKAN APA-APA....NAK BERITAHU KAT ADIK-ADIK...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar