Sabtu, 10 September 2011

Buluh Rebung

Ladang buloh madu di Mukim Bukit Pasir Muar berumur 1.5 tahun.

Buluh atau Bamboo (Bambocese spp) merupakan sejenis tumbuhan sangat cepat tumbuh yang terdapat di serata dunia dengan 70 genera dan melebihi 1,000 jenis. Daripada jumlah tersebut ada yang boleh dimakan (Rebung), ada yang beracun dan kebanyakkan digunakan dalam industri perkayuan dan perabut atau untuk kegunaan perkakasan. Tanaman buloh mampu hidup dikawasan paling tidak subur dan sangat cepat membiak dikawasan yang berair seperti ditepian sungai. Pokok buloh dianggap tanaman bermasaalah disetengah tempat sebagai "PEST".

Rebung buluh diperolehi daripada bahagian perdu rumpun buloh yang boleh diproses dan di makan sebagai sayuran yang diminati ramai. bagaimana pun kajian mendapati rebung jenis besar (Buloh Betung dsb) mempunyai cyanide yang merbahaya kalau dimakan mentah. Rebung buloh di pasarkan dalam bentuk segar atau di proses sebagai jeruk rebung buloh. Rebung segar perlu direbus dahulu sebelum dimasak sebagai sayur seperti masak lemak, masak pedan dan sebagainya.

Pokok Buloh Rebung Madu (Di panggil Buloh Rebung Madu) yang di perolehi dari Perlis dipercayai berasal dari Thailand merupakan sejenis buloh yang bersaiz kecil dan sering digunakan sebagai pokok hiasan. Anak benih pokok ini dijual dengan harga antara RM 6.00 - RM 10.00 sepokok kerana kemampuannya untuk di komersilkan sebagai pokok Buloh Rebung Madu. Pokok ini sesuai ditanam dikawasan yang subur dan mampu berhasil 1.5 tahun lepas tanam. Jarak tanaman di syorkan 3 m x 3-4 m dan sesuai ditanam dikawasan sawah terbiar. Benih ditanam sedalam 40-50 cm dalam lubang dan penyiraman perlu peringkat awal. Buat cantasan pucuk yang cepat untuk galakkan pertumbuhan tunas2 baru. Apabila bilangan rumpun melebihi 5-10 boleh mula kutip pucuk untuk rebung.



Pucuk rebung setinggi 0.8 - 1.0 meter boleh dipotong menggunakan pisau tajam dan di proses dengan membuang lapisan kulit luar yang ada dan diambil bahagian dalam. Pengutipan rebung perlu dijalankan selalu agar banyak tunas baru akan tumbuh. Pembajaan dengan 15:15:15 dan baja organik perlu di lakukan setiap 2 bulan dengan kadr di syorkan. Rebung yang dituai akan terus dijual atau di peram untuk dijadikan jeruk. Oleh kerana berlaku 'oxidation' pada rebung buloh segar maka rebung perlu dimasak segera. Harga rebung buloh segar antara RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram manakala rebung buloh proses lingkungan RM 8.00/kg di Kawasan Muar. Pusat Pertanian Tangkak di daerah Ledang Johor ada menanam 600 pokok buloh Madu untuk dijadikan petak pemerhatian dan sumber bekalan benih bagi kawasan Johor Utara.

Kajian awal penulis mendapati tanaman buloh madu boleh dijadikan sebagai tanaman berpotensi jika Pakej Teknologi tanaman dapat disediakan dan dikemaskini. pada masa ini belum banyak sumber rujukkan terhadap tanama ini. bagaimana pun beberapa petani telah mananam dan antara masaalah ialah kadar pengeluaran rebung agak lambat dan penghasilan berbeza-beza mengikut lokaliti.
Antara perkara yang perlu dilihat ialah tentang Analisa kos Pengeluaran dan Pendapatan, Luang Pasaran Rebung, Kajian Pemanakan, Kajian Amalan Agronomi dan Kajian Perbandingan dengan Tanaman Potensi yang lain. Oleh kerana rebung segar agak sukar dipasarkan, kaedah memproses lain selain dari dijeruk perlu dilihat untuk meningkatkan lagi kualiti produk rebung segar.

" REBUNG BULOH YANG SEGAR
AMAT SEDAP DIMAKAN SEBAGAI SAYUR ....
TERUTAMA BILA DAH LAPAR..."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar